"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Monday, December 20, 2010

Bahaya Mulut Celupar

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat” Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah...

Wednesday, November 10, 2010

Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah...

Sunday, November 7, 2010

Dua tahun sudah berlalu ( Al-Fatihah)

Abah & Mak sebelum ke Tanah Suci Alhamdulillah segala puji hanya bagi tuhan sekelian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Sayyidina Muhammad saw. dan ahli keluarnya serta sahabatnya dan pengikutnya sehingga qiamat. kenangan bersama bonda Haul Tarikh pemergin Almarhumah Bonda Halimah binti Md Daud,telah genap Dua (2) tahun. Pada tarikh 7/nov/2008 bersamaan 9/Zulkaedah/1429 H. seawal jam 6.07am .Almarhamah Bonda telah mehembuskan nafas terakhir dipangkuan ayahanda pada jam 12.30am waktu madinah / 5.30am waktu malaysia, Jenazah bonda disemadikan di perkuburan al-baqieq' berhampiran masjid Nabawi. Doa' anak-anak Moga roh Bonda ditempatkan bersama para solihin Al-Fatihah buat Bondaku tersaya...

Sunday, October 31, 2010

Semoga Mendapat Haji Mabrur

Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya layak buat sang pencipta. Syukur yang tidak terhingga kerana pada hari yang penuh keberkahan ini juga kita diberikan nikmat yang paling bernilai di langit dan di bumi iaitu nikmat iman dan islam yang mana diberikan daripada nenek moyang kita sehingga kepada kita pada hari ini, bersyukur juga diatas kurniaan kesihatan dan kebahagiaan yang tidak terkira banyaknya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Sayyidina Muhammad SAW serta ahli keluarganya, dan para sahabatnya yang beliau sayangi dan para pendakwah dan pengikut agama Allah yang tidak putus2 berjuang sehingga hari qiamat. marilah kita sama-sama mendoakan semoga semua tetamu Allah yang menunaikan haji tahun ini, dipermudahkan segala...

Monday, October 25, 2010

Anak Ku ...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين أم بعد, Bersyukur kehadrat ilahi , Pada tanggal 13.10.2010 jam 8.40pm maka lahirlah zuriat pertama ku , Nur Amrina Rasyada Binti Mohd Fakhrorozi...

Friday, October 8, 2010

KELEBIHAN BULAN ZULKAEDAH

Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan. Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini. Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni. Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah. Daripada...

Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamat menyambut hari lebaran ... Dari kami sekeluarga , maaf Zahir & Bat...

Friday, September 3, 2010

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat...

Tuesday, August 17, 2010

Sirah : Nuzul al-Quran

Dengan Nama Allah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat,...

Saturday, August 14, 2010

Mencari Keberkatan Dalam Bersahur

Bismillahirrahmanirrahim… Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda SAW : “Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani : “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka...

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Ramadhan yg dirindui . Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan .. moga kita dapat memperbanyakkan amal ibadah kita Insyal...

Saturday, August 7, 2010

Kemuncak Imam Muda

KUALA LUMPUR: Imam Muda, sebuah reality show baru yang telah mendapat perhatian global, telah menemui pemenang perdananya. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, seorang imam dari Pulau Pinag telah terpilih sebagai imam muda terunggul pada musim ini, Manakala Hizbur Rahman Omar Zuhdi pula memenangi tempat ke-dua, Pogram kemuncak imam muda itu di diadakan di Pusat Islam Kuala Lumpur ( JAWI ) Wajah Baru: Asyraf memegang trofi selepas memenangi Imam Muda . Ia memenangi biasiswa bagi melanjutkan pengajian di Al-Madinah International University untuk meneruskan pengajian pasca-sarjana. hadiah lain untuk Asyraf, yang mempunyai gelaran dalam Usuluddin dan Fiqih dari Universiti Malaya, termasuk ditawarkan oleh JAWI sebagai seorang imam di salah...

Monday, July 19, 2010

Hukum berkaitan walimah atau kenduri kahwin

Walimatul urus atau kenduri kahwin sunat kerana Nabi صلى الله عليه والسم ada memperbut dan menyeruh seperti hadis قال صلى الله عليه والسم لعبد الرحمن أولم ولو بشاة Telah menyuruh Nabi صلى الله عليه والسم akan Abdul Rahman “buat lah kenduri walau pun dengan seekor kibas”. Di dalam hadis lain Nabi صلى الله عليه والسم ada memperbuat walimah semasa mengahwini Safiah, baginda menjamu jemputan dengan buah tamar, minyak safi dan keju yang dicampur sekeliannya dinamakannya haisan (حيسا). Kedua hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Suruh pada hadis yang pertama dengan makna sunat kerana diqias dengan qurban dan sekelian kenduri. Peringatan: الأصل في الأمر للوجوب إلا ما دل الدليل علي خلافه Asal pada suruh iaitu bagi wajib melainkan datang dalil atas menyalahinya. Yakni asal suruh...

Sunday, July 18, 2010

كل نفس ذاءيقة ألموت

ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين قال الله تعالى: كل نفس ذاءيقة ألموت "Setiap Yang bernyawa pasti menemui kematian" Pada jam 07.o0pg 2 julai lalu ku menerima mesej dari Adik ku Firdaus yang mengkhabarkan tentang pemergian bapa saudaraku pklong che soh. pada ketika itu aku sudah berada di pejabat untuk menjalankan tugas harian, Msg nya "Salam... abg cik nak bagi tau ni,org yg kta sayg paklongg ceksoh meninggal di hosiptal muazam awal pagi tadi. alfatihah. Walaupun aku tidak begitu rapat dengan Paklong tapi di atas pemergiannya amat terasa juga, kerana beliau juga merupakan salah seorang bapa saudara sekandung dengan almarhumah bondaku. Aku hanya mampu berdoa Semoga Roh nya dicucuri rahmatnya, Al-fatihah...

Monday, July 5, 2010

HUKUM ASAL SUATU PERKAHWINAN

HUKUM ASAL SUATU PERKAHWINAN ADALAH HARUS SAHAJA TETAPI DALAM PADA ITU BERKEMUNGKINAN BOLEH BERUBAH MENJADI WAJIB, SUNAT, HARAM DAN MAKRUH DI MANA SESUAI DENGAN KEADAAN SESEORANG YANG AKAN MENEMPUH PERKAHWINAN. HURAIANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT :- 1. PERKAHWINAN YANG WAJIB. ORANG YANG DIWAJIBKAN BERKAHWIN IALAH ORANG YANG SANGGUP UNTUK BERKAHWIN, SEDANG IA KHUATIR TERHADAP DIRINYA AKAN MELAKUKAN PERBUATAN ZINA. 2. PERKAHWINAN YANG SUNAT ORANG YANG DISUNATKAN BERKAHWIN IALAH ORANG YANG MEMPUNYAI KESANGGUPAN UNTUK BERKAHWIN DAN SANGGUP MEMELIHARA DIRI DARI KEMUNGKINAN MELAKUKAN PERBUATAN YANG TERLARANG. 3. PERKAHWINAN YANG HARAM ORANG YANG DIHARAMKAN BERKAHWIN IALAH ORANG YANG MEMPUNYAI KESANGGUPAN UNTUK BERKAHWIN TETAPI KALAU IA BERKAHWIN...

Monday, June 28, 2010

Aku Cemburu Mujahidin Palestin

Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin,Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci,Kamu terpilih mempertahan masjid suci, Bau syurga dapat kau rasai,Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup,Mati syahid cita-cita tertinggi kamu.Apakan daya aku hanya mampu berdoa,Aku hanya mampu menghulurkan derma,Aku sekadar mampu memboikot.Jika kamu di ambang syurga,Doakan kami dapat bersamamu.Islam akan tetap terpelihara,ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran,Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan,Baik atau buruk, syurga atau neraka.Sumber: Harakahdaily....

Sunday, May 30, 2010

Internet: Antara Tiga Golongan

INTERNET: ANDA GOLONGAN YANG MANA?Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain game, mendengar...

Friday, May 28, 2010

kepentingan Solat

Pengaruh atau kesan positif sembahyang kepada kehidupan umat Islam terlalu besar, terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan, keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Malah ibadah sembahyang berupaya menjadi benteng diri mencegah per-buatan keji dan mungkar. Betapa besar kepentingan dan pengaruh sembahyang kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:Sembahyang Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:”Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”.(S. Thaha: 14).Sembahyang adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala....

Saturday, April 10, 2010

Tuan Guru Haji Salleh Musa, pengasas pondok Madrasah Ar-Rahmaniah Sik Kedah

Tuan Guru Haji Salleh Musa, seorang tokoh pendakwah dan tokoh agama yang sangat disegani di Negeri Kedah. Beliau yang telah banyak menyumbang jasa dalam sektor pengajian agama di negeri Kedah merupakan anak jati Sik, Kedah. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sik yang mana merupakan sekolah yang sama dengan tokoh penulisan tempatan, Dato’ Shahnon Ahmad. Pemilik dan pengasas kepada sebuah pondok agama terkemuka di Sik Kedah iaitu Madrasah Ar-Rahmaniah atau juga dikenali sebagai Pondok Tok Guru Haji Salleh, Sik pernah mengikuti sesi pengajian agama di Pondok Tuan Hussein, Pulau Pinang selama sebulan sebelum Malaysia (ketika dulu Tanah Melayu) ditakluk di bawah jajahan Jepun. Semasa tempoh penjajahan, Tuan Guru Haji...

Wednesday, April 7, 2010

Lata Bayu, Baling .

Balik Kampung baru ni sempat gak bawa zaujah pergi berkelah , Lokasinya Lata Bayu, Baling. emm x jauh dari rumah mertua,Tempatnya nyaman & segar sekali. Bebanan tugasan harian di opis hilang sejenak dari ingatan, Alangkah indahnya ciptaan tuhan. Maha suci mu ya Allah pencipta alam...

Thursday, April 1, 2010

Al-fatihah Buat Mak Teh

Gambar terakhir bersama mak teh,semasa raya korbah 2008 Dengan nama allah yang maha pemurah lagi penyayang.. Baru saja tadi daku mendapat pangilan daripada ayahanda di Kampung mengkhabarkan tentang ibu saudaraku yang baru saja di jemput penciptanya.Ibu saudar yang paling kami rapat, Perasaan hiba menyelubungiku,waktu ketika itu aku tengah menjalankan tugas harianku di pejabat,Tanpa melengahkan masa aku terus menalifon Mohd Firdaus ( adikku ) untuk menceritakan berita menyedihkan itu, kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. jam 2 kami baru keluar dari K.Lumpur , Dan kami sampai di kampung Tiak,Baling Kedah sekitar jam 7 ptg, setibanya kami di kampung terus kami ke tanah perkuburan Kg Carok Kangar. Majlis pengkebumian telah selesai....

Wednesday, March 24, 2010

gambar dulu-dulu

In The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful assalamualaikum....buat tatapan sahabat !!!saja ana postkan gambaq-gambaq masa kat luaq dulu..saja la dok tgk gamabr lama2 ni, rasa menarik la gambaq kat tempat ni, tempat yang tak pernah padam dalam memori hidupku.kerana di tempat inilah ku mengenal dunia sebenar, maklumlah masa tu proses usiaku untuk dewasa , di sini la aku membesar selam 3tahun ,usiaku waktu ketika itu , haaha cuba teka !!! baru 16 tahun beb !!! ( baru lepas baliq ) huhuhu ... segala apa yang ku lalui di sana, kenangan suka duka,pahit manis, kanku jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup ku .Pakistan Zindabat !!!masa belajar Di Jamiah AshrafiahCuti time Raya Puasa , Musim Sejuk 1998Bersama Sahabat-sahabat Persatuan Pelajar...

Sunday, March 21, 2010

Peringatan untuk kita "April Fool!” Lebong!!!

Beberapa hari lagi tanggal satu April akan tiba. Ramai yang sudah tertunggu-tungu untuk menyambut hari ini dengan nama April Fool. Hari berjenaka, dengan pelbagai pembohongan untuk bergurau senda. Walaupun namanya sudah sah menggunakan kaliah Inggeris, tetapi penduduk-penduduk negara lain selain negara berbahasa inggeris turut galak menyambutnya. Termasuklah penduduk di Malaysia.Apakah sikap orang ISLAM bila hari ini datang? mereka menyambutnya juga. Turut melakukan pembohongan untuk berjenaka dengan teman-teman, atau mengambil peluang hari ini untuk mengenakan kenalan mereka atas tujuan keseronokan.Nama hari ini pun sudah kelihatan jelas tujuannya, April Fool… Hari untuk memperbodohkan orang,hari untuk lebong!!! . Secara kita tidak sedar,...

Wednesday, March 10, 2010

Hanya mampu Bersujud

[Mawi]Bila dilanda musibahHati tabah mula rebahJangan biarkan dugaanRapuhkan pedoman hidupAndai waktu itu tibaSemaikan sifat bersabarHanya Dia saja menentuDan kita hanya mampu sujud[KRU]Jika direnung kembaliDari kehidupanPelbagai halangan kutempuh penuh cabaranTiada satupun ku hadapi dengan senang danTiada satupun ku hadapi dengan tenangTapi ku bersyukurDi saat ku murungKu musikkan dalam kedua telapak tanganSemangat yang dah lunturHarapan yang dah terkuburDiberi arah tukku teruskan[Mawi]Bila dilanda musibahHati tabah mula rebahJangan biarkan dugaanRapuhkan pedoman hidupAndai waktu itu tibaSemaikan sifat bersabarHanya Dia saja menentuDan kita hanya mampu sujud……Hanya mampu sujud…..[KRU]Pernah kulihat merekaYang hilang segalanyaInsan yang tersayangAtau...

Saturday, March 6, 2010

JAWI pun guna 1 , 1 Jam 1 Wilayah ...

1 Mac 2010 (Isnin). Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Pelancaran Pengeluaran Kad Nikah 1 jam 1 Wilayah bertempat di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Dengan Pelancaran tersebut JAWI merupakan satu-satu Jabatan Agama Islam pertama yang memproses pengeluaran kad nikah hanya mengambil masa 1 jam menggunakan teknologi canggih dengan kerjasama Percetakan Nasional Berhad (PNB)majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB. Mej. Jen. Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Y. Bhg. Datin Seri Hajjah Fatmawati Haji Saidin, isteri YB. Dato’ Seri Menteri, Y. Bhg. Dato’ Haji Che Mat Che Ali, Pengarah...

Saturday, February 27, 2010

JaKIM pun guna 1 gak... 1Malaysia 1Halal...

Kempen 1 Malaysia 1 Halal merupakan sebuah inisiatif terkini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau lebih sinonim sebagai JAKIM bagi meningkatkan kesedaran dan keprihatinan para pengguna terhadap sijil dan logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM dan/ atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Bakal dilancarkan pada hari Maulidur Rasul 2010, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijangka merasmikan kempen tersebut di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kempen ini bakal disusuli disetiap negeri di Malaysia dan dijangka akan diadakan di pusat membeli belah terpilih.TempatMasjid Negara, Kuala Lumpur Tarikh26 hingga 28 Februari 2010 Mengenali Logo Halal Malaysia Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;...

Friday, February 26, 2010

Selamat Menyambut Maulidul Rasul

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsa...

Tuesday, January 5, 2010

Teater Menunggu Kata Dari Tuhan

Salah satu pengisian perayaan Jubli Perak PAS Kawasan Hulu Langat yang tamat semalam ialah pementasan teater bertajuk Menunggu Kata Dari Tuhan. Teater yang berlangsung di Stadium Kajang tersebut nampaknya menarik untuk diteliti dan diberi perhatian.Teater ini adalah terjemahan sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengisahkan Ka’ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk.Teater Menunggu Kata Dari Tuhan ini adalah teater kisah penderitaan jiwa dan perasaan yang dialami oleh Ka’ab bin Malik seorang sahabat yang rasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad di Tabuk walaupun pada masa itu beliau sihat dan mempunyai peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang.Pelbagai...

Page 1 of 3012345Next

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes