"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Saturday, February 19, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M





Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 15 Februari 2011M (Selasa) bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bertemakan “1 Malaysia 1 Ummah”.

Sambutan itu disertai lebih  10,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Semua peserta kontinjen terlebih dahulu telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul bermula dari Dataran Putra ke Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Perarakan diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW. 











Friday, February 18, 2011

Kasih Abang: Lukisan Air @ Lukisan Hati?

Sedih , Pilu dan agak terharu rasanya melihat gambar ini ...

Seorang abang yang keletihan, barangkali lapar dan penat. Tiada tempat berteduh, hanya di tepi tangga kotor. Beralaskan kadbod nipis. Comotnya tak terkira. Namun dalam keadaan demikian, seorang abang masih memangku adiknya dalam dakapannya, tidak rela terbiar di tepi tangga. Lalu mereka tertidur bersama-sama..


Setiap hari dengan membaca pelbagai berita menyayatkan hati-buang anak, buang ayah, buang iman.. tiba-tiba apabila merenung gambar ini, saya bertanya dalam diri saya. Gambar ini hasil rakaman kamera gambar sesuatu yang benar-benar hidup, lukisan cat air atau lukisan dari hati yang mempunyai nilai hatibudi yang tinggi, kemudian dimanifestasikan dalam lukisan? Renung renungkan selamat beramal...  :-)

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes