"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Monday, November 23, 2009

Syeikh Abu Bakar Awang meninggal





ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua.

Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.

Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.

(Gambar: Abu Bakar dengan anak-anak muridnya)

Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.

Sebaik kembali dari Iraq, beliau yang berasal dari Perlis telah diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.

Ketika dihubungi di hospital, Mudir MTID, Syeikh Abdul Majid Abu Bakar An-Nadwi berkata, jenazah akan disolat dan dikebumikan di perkuburan Masjid Raudhatus-Solehin, Derang bersebelahan sahabat karibnya, Ustaz Niamat.

Ustaz Abu Bakar yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh ulamak negara, Dato’ Dr Haron Din sangat mahir dalam bidang Feqah Muamalah dan menulis beberapa buku ilmiah mengenainya. Beliau meninggalkan empat cahayamata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Ketika dihubungi Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengucapkan takziah mewakili PAS negeri itu dan menyifatkan pemergian Ustaz Abu Bakar sebagai satu kehilangan besar kepada agama dan negara.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Azri Ahmad mengesahkan, Ustaz Abu Bakar menjadi Timbalan Ketua dewan itu dari 1995 hingga 2000 di bawah Al-Marhum Ustaz Azahari Abdul Razak.

“Dewan Ulamak PAS Kedah juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini yang berkorban jiwa raga di atas jalan perjuangan kebenaran, semoga Allah SWT mencucuri Rahmat-Nya ke atas rohnya,” ujar Azri.

Wednesday, November 18, 2009

Di Pusara Bonda

09 Di pusara bonda.mp3

Hari yang dilalui kini tak seindah semalam
Bintang yang bersinar sudah tiada lagi
Mentari yang memancar kini semakin suram
Bayangan wajahmu sudah tiada lagi

Apa yang harus ditangisi
Penyesalan sudah tiada gunanya
Biar airmata darah ku tumpahkan
Tak bisa mengundur masa

Kini bonda tiada lagi
Apa yang ada hanya secebis kenangan
Ditabir seribu penyesalan
Kerana belum sempat ku menabur budi
Kau pergi menghadap ilahi

Oh bonda..
Ampunilah segala dosa anakmu ini
Bukan sengaja aku mengasarimu
Bukan jua ingin ku sakiti hatimu
Apakan daya diri ini tak terdaya
Menahan gelora membara
Akhirnya kau tersiksa sendiri

Bonda andai ku punya waktu
Ingin ku abadikan diri kepadamu
Kerana kasih yang kau curahkan
Belum tentu terbalas
Dengan curahan budi yang kusiramkan

Monday, November 9, 2009

Al-Fatihah : Buat BONDA tercinta

Haul Tarikh pemergin Almarhumah Bonda Halimah binti Md Daud,telah genap satu tahun.
Pada tarikh 7/nov/2008 bersamaan 9/Zulkaedah/1429 H. seawal jam 6.07am ana mendapat panggilan dari ayahnda yg sedang berada di Madinah bg menunaikan ibadat haji, Berita yang diterima dari ayahanda tentang bonda tersayang telah pergi buat selamanya, Almarhamah Bonda telah mehembuskan nafas terakhir dipangkuan ayahanda pada jam 12.30am waktu madinah / 5.30am waktu malaysia,jenazah bonda disembahyangkan selepas solat suboh di masjiid Nabawi,puluhan ribu jemaah telah menyembahyangkan jenazah bonda, Jenazah bonda disemadikan di perkuburan al-baqieq' berhampiran masjid Nabawi. Doa' anak-anak Moga roh Bonda ditempatkan bersama para solihin - AlFatihah buat Bondaku tersayang.

Tuesday, November 3, 2009

Antara dua alam



Solat yang sempurna merupakan rahsia kebahagiaan jiwa dan kedamaian sanubari. Kebahagiaan dan kedamaian itu selanjutnya akan memberi kesan besar terhadap sikap dan cara kita bertindak di luar solat.

Solat adalah detik-detik yang amat berharga. Walaupun ia hanya berlalu dalam 5 hingga 10 minit, kebahagiaan yang dikecapi hasil solat yang sempurna tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Macam-macam petua yang pernah kita baca atau dengar untuk mendapatkan solat yang sempurna. Imam Ghazali telah memberikan petuanya yang sederhana, tidak terlalu terperinci sehingga membentuk satu buku besar, tidak juga terlalu ringkas sehingga sukar untuk difahami dan diamalkan. Ia meliputi aspek zahir dan batin.

Bagaimanapun, asas kepada segala petua ini ialah sifat ihsan seseorang hamba. Sifat yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. setelah ditanya oleh Jibril, dalam satu hadith yang panjang, masyhur di kalangan mereka yang pernah mempelajari hadith.

“Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak boleh melihat-Nya, maka Dia melihat kamu”, satu ungkapan yang menyimpulkan keadaan seseorang hamba, bukan sahaja ketika beribadat khusus seperti solat dan puasa, bahkan pada semua ketika dan di semua tempat.

Jika sudah begitu keadaannya ketika di luar solat, maka sudah tentu apabila “bertemu” dengan Allah dalam solat tidak sukar untuk memberikan tumpuan dan perhatian dengan jiwa yang tenang dan tenteram. Tumpuan dan perhatian penuh itu bukan melalui usaha yang payah. Satu takbiratul ihram yang ringkas sudah cukup melayarkan kita ke dalam alam “pertemuan” itu.

Ini kerana sempadan antara alam luar solat dan ketika bersolat itu tidak begitu ketara, “berdepan” ketika di sana dan “berdepan” ketika di sini. Keadaan ini tidak berlaku pada orang yang lalai dan lupa kehadiran Allah di kebanyakan waktunya.

Sentiasa merasai bahawa diri sedang “berdepan” dengan Allah dalam semua keadaan menjadikan kita lebih berhati-hati, lebih tenang dan lebih tekun untuk memastikan tindak tanduk dan hasil kerja cemerlang. Ketika mendirikan solat, perasaan “berdepan” itu diteruskan dan disempurnakan, melalui detik-detik khusus untuk mengadu hal tentang kepayahan yang dilalui dalam menempuh dugaan hidup.

Pengaduan itu diiringi rasa mengharapkan pengampunan atas kelemahan, kesilapan dan kecuaian sebagai seorang insan. Pengaduan dan pengharapan itu pula diasaskan atas rasa kasih dan sayang pada Yang Maha Sempurna, Maha Pengampun dan Yang Rahmat-Nya meliputi segala sesuatu.

Perasaan ini menyebabkan sujud menjadi detik terindah dalam solat. Ini kerana ketika sujud kita sedang berada dekat dengan Kekasih, dalam lautan kasih yang kekal, luas dan tidak luak. Kepuasan hati yang tidak terhingga. Kepuasan hati yang kekal. Kepuasan hati yang membahagiakan.

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes