"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Monday, December 22, 2008

Kepulangan Ayahanda Tercinta Dari Tanah Suci

Pada tarikh 19 DIS 2008 , saat ditunggu-tunggu kepulangan Ayahanda tercinta .
alhamdulillah ayahanda selamat tiba di lapangan terbang Bayan Lepas Penang pada jam 9.00 pagi, kegembiraan bercampur hiba bila mengenangkan bonda tanpa disisi ayahanda. sewaktu pergike tanah suci berdua pulang seorang. semua itu adalah suratan ilahi Bonda dijemput allah di bumi yg ambia' .





keadaan sesak di ruang menunggu, para waris sabar menanti insan tersayang.



Ayahanda tersayang









Bergambar dgn Onta

Semarak Hadhari 2008

Pogram semarak Hadhara 2008
Anjuran Jabatan Agama Islam W/Persekutuan











Thursday, December 11, 2008

Kepentingan dan peranan khutbah

Mengapa orang ramai tidak mendapat pengajaran daripada khutbah yang disampaikan oleh para khatib masa kini?


Pendahuluan Melihat kepada beberapa isu semasa, melibatkan tindakan umat Islam hari ini yang tidak menjadi golongan pengamal Islam dengan baik, malah tidak boleh dianggap sebagai contoh (role model) kepada segenap bangsa manusia di dunia, daripada peringkat nasional hinggalah ke peringkat antarabangsa Maruah dan harga diri mereka semakin tercalar dengan sanggup menjadi golongan yang membelakangkan ajaran agama mereka sendiri.

Para remaja Islam tidak lagi menjadi wira agama, mereka lebih senang dilabelkan sebagai mat rempit dengan budaya Barat yang songsang menjadi pegangan hidup.

Islam bukan lagi sumber kepercayaan kepada Maha Pencipta, mereka sanggup jadi peragut, golongan yang menghina hukum Islam, mencaci keperibadian Nabi Muhammad dan bermacam-macam lagi, itu semua dianggap sebagai satu kepuasan dalam hidup mereka.

Sebenarnya bukan salah Islam yang menyebabkan mereka bertindak demikian, malah disebabkan tidak ada, mungkin juga kurang, disekat atau tidak berkesan penyampaian khutbah, tazkirah, ceramah atau forum agama hingga orang ramai tidak lagi menjadikan masjid sebagai lokasi persinggahan harian mereka.

Tidakkah pihak berkuasa sedar atau tidak akan fenomena ini yang sedang berlaku? Mengapa tidak mencari satu pendekatan atau dibuat analisis mengenai isu berkenaan? Sekurang-kurangnya bagi menyelesaikan satu daripada seribu permasalahan yang menimpa umat Islam hari ini.

Tazkirah kali ini, ingin mengajak semua pihak, terutamanya para pemerintah, golongan intelek, masyarakat amnya, serta para pelajar akan kepentingan khutbah, peranan serta kesannya terhadap pembentukan dan pembinaan umat seperti yang pernah dilahirkan oleh Madrasah Muhammad di zaman kegemilangan Islam. Khatib yang tidak berkesan 1- Tidak memilih tajuk yang menepati tuntutan semasa. 2- Tajuk khutbah mirip dengan apa yang diajarkan di sekolah. 3- Penyampaian khutbah terlalu panjang dan membosankan. 4- Pengungkapan isi khutbah berulang-ulang kali. 5- Khatib tidak amalkan apa yang disampaikan. 6- Tidak menguasai realiti semasa, khususnya isu yang terjadi kepada umat Islam. 7- Penekanan khutbah hanya untuk menunjukkan sikap ampu kepada pihak tertentu. 8- Tidak menguasai ilmu-ilmu agama dengan baik. 9- Tidak mampu menyelesaikan sesuatu masalah apabila dikemukakan isu tertentu. 10- Bersikap negatif terhadap orang ramai. 11- Tidak menghayati khutbah yang disampaikan kerana hanya membaca teks sahaja. Rasulullah s.a.w apabila menyampaikan khutbah, tidak panjang berjela-jela, malah ia pendek dan padat, yang penting baginda memanjangkan solat Jumaat dan baginda sendiri marah mereka yang terlalu memanjangkan penyampaian khutbah. Ciri khatib yang berjaya: Persediaan semasa berkhutbah 1- Khatib merasakan bahawa dengan penyampaian khutbahnya yang bernas dan berkesan sebagai satu tanggungjawab dalam aspek dakwah. 2- Menghafal atau sekurang-kurangnya menguasai ayat-ayat al-Quran yang berhubung dengan isu yang disampaikan. 3- Menghafal sebahagian besar hadis-hadis nabi Muhammad s.a.w. 4- Menguasai cerita-cerita dalam al-Quran yang boleh dijadikan rujukan dalam khutbah yang disampaikan. 5- Mempelbagaikan teknik penyampaian dengan isi kandungan yang menepati cita-rasa pendengar dengan tidak menjadikan mereka bosan dan tertidur. 6- Menjadi role-model kepada masyarakat dalam segenap tindak-tanduknya dan mempunyai hubungan yang baik dengan mereka. 7- Berani menyatakan kebenaran tanpa rasa terikat dengan mana-mana pihak. 8- Penyampaian khutbah yang padat hingga meninggalkan kesan kepada pendengar. 9- Pemilihan tajuk khutbah yang relevan dengan tuntutan semasa hingga mampu menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat. 10- Penyampaian yang cukup terang dan memuaskan hati pendengar. 11- Penampilan yang baik dan positif. 12- Persediaan tajuk, isi dan penyampaian yang amat baik. 13- Mampu menyedia dan berkhutbah dengan bahan khutbah yang berkualiti. 14- Mampu mengadaptasi sirah Nabi Muhammad s.a.w dalam realiti hidup masyarakat hari ini. 15- Apabila bercakap tentang Syurga, segala sifat ahli Syurga diterjemahkan dalam kenyataan hidupnya sebagai muslim sejati. 16- Apabila bercakap tentang Neraka, segala sifat ahli Neraka dijauhinya dan mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada mengenainya. Persediaan di luar masa khutbah 17- Menguasai kepelbagaian ilmu, sama ada ilmu agama, teknologi maklumat, psikologi dan mengikut perkembangan semasa dari dalam dan luar negara. 18- Khatib yang disukai masyarakat. 19- Mempunyai hubungan baik dengan Allah SWT, khususnya dalam meningkatkan mutu ibadat kepada-Nya. 20- Mampu mengajak masyarakat untuk mencintai Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda. 21- Suka mengadakan majlis-majlis ilmu hingga dinilai positif oleh mereka. 22- Mendapat tempat dalam hati masyarakat. 23- Mengambil tahu masalah mereka dan menanganinya dengan baik. 24- Menunaikan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. 25- Memiliki hemah yang tinggi terhadap agama. 26- Tidak menggelabah ketika menghadapi sesuatu isu dan permasalahan. 27- Bersedia menjadi tempat rujukan masyarakat dalam pelbagai masalah, hingga disenangi oleh golongan muda, tua, kanak-kanak, lelaki mahupun perempuan. 28- Memahami Islam dengan sifatnya yang universal. 29- Mampu membangkitkan kesedaran beragama kepada segenap lapisan masyarakat hingga menimbulkan rasa benci kepada sebarang bentuk permusuhan terhadap Islam. 30- Menggunakan bahasa yang amat disenangi oleh orang yang mengelilinginya.

Tetapi mengapa masyarakat hari ini masih tidak menjadikan masjid atau surau tempat untuk mendapatkan ketenangan jiwa? *Sebab merasakan khatib tidak menjadi rujukan yang baik kepada masyarakat di sekelilingnya. *Pengurusan masjid atau surau yang bercelaru kerana pihak pentadbiran serta ahli jawatankuasanya bukan ahli, malah hilang kelayakan untuk mentadbir seperti yang difirmankan Allah menerusi ayat 18 surah at-Taubah :18. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. *Kurang ada sifat mesra antara para pentadbir dengan orang ramai yang dianggap sebagai beban kepada mereka. *Kurangnya program pengisian masjid seperti kuliah agama, ceramah, forum ataupun diskusi ilmu. *Peruntukan wang masjid lebih tertumpu kepada pembangunan fizikal masjid, malah kurang untuk digunakan bagi tujuan pembangunan insan, ia juga merupakan antara faktor yang dikenal-pasti kurangnya kehadiran masyarakat ke rumah Allah.

Adab-adab para khatib 1- Tidak menyembunyikan kebenaran. 2- Khatib seorang yang menguasai dan mendalami ilmu-ilmu alat (fardu Ain). 3- Berlaku adil terhadap semua manusia sebagai sasaran dakwahnya. 4- Tidak mengaib atau menyebut nama orang tertentu dalam khutbahnya. 5- Penyampaian khutbah penuh dengan peringatan, nasihat dan tunjuk ajar. 6- Menginsafkan pendengar dengan ayat-ayat yang menusuk jiwa mereka. 7- Tidak menimbulkan keraguan pendengar terhadap isi yang disampaikan. 8- Bersedia menerima teguran dengan sikap terbuka jika tersalah menyampaikan fakta isi ketika berkhutbah. 9- Tidak ada perasaan riyaa atau ujub dengan isi khutbah, kononnya ia diterima umum dengan baik sekali. 10- Membuat persediaan khutbah dengan amat baik agar tidak merangkak-rangkak ketika menyampaikannya. 11- Seorang yang berfikiran waras dan terbuka. 12- Seorang yang tegas dengan setiap ungkapan, sama ada di dalam atau di luar khutbah. 13-Tidak berbelah bagi untuk menyayangi setiap manusia tanpa mengira bulu atau warna kulit. 13- Memiliki kefahaman psikologi masyarakat dengan amat baik. 14- Banyak mengkaji, mentelaah dan menganalisisi isu-isu semasa.

Wednesday, December 10, 2008

Eidul Adhar

salam edul adhar..

Raya korban baru ni sempat gak la balik kampung..
buat kali pertama nya raya di tanah air tanpa org tersayang.
bonda telah dijemput bertemu penciptanya,manakala ayahanda pula sedang menunaikan ibadah Haji di tanah suci, baru-baru ni beraya la dgn adik-adik di kampung bersama kaum keluarga sebelah mak...




Bersama ahli keluarga Mak Teh,


Abg Ca & Kak Na famili's


Dengan mak Teh


Abg Din & Kak Mazita pamilis


Abg Din & Kak Nora Familis


Zamri & Ana + anak-anak


Abg Omar & Kak Ani familis


Abg Ya & Kak Yah Pamilis

Thursday, December 4, 2008

Aidiladha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes