"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Wednesday, January 21, 2009

Kasihku Abadi

Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...

Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://www.inteam.com.my

Tuesday, January 20, 2009

Ejaan baru Alor Setar disokong

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid

Ramai beri reaksi positif penukaran selaras asal usul nama ibu negeri Kedah

ALOR SETAR: Keputusan Kerajaan Kedah menukar ejaan nama Alor Star kepada Alor Setar mendapat reaksi positif pelbagai pihak yang kebanyakannya menyokong langkah itu selaras memperingati asal usul nama bandaraya ini daripada pokok Setar.

Ketua Satu Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (Asasi), Shaidun Shaari berkata, pertukaran ejaan nama Alor Star kepada Alor Setar disokong rakyat kerana ejaan Alor Setar membawa makna lebih tepat dibandingkan Alor Star.

"Sebenarnya isu ejaan pernah dibangkitkan Asasi dan Persatuan Sejarah Kedah dan kami berjuang untuk memperbetulkan semula ejaan Alor Star kepada Alor Setar, selaras sejarah pengambilan nama bandaraya ini daripada Pokok Setar." katanya.

Beliau berkata, pertukaran semula ejaan kepada Alor Star sangat penting bagi memastikan tidak timbul kekeliruan terutama membabitkan generasi muda berhubung asal-usul nama bandaraya berkenaan.

Katanya, pihaknya juga berharap kerajaan negeri menyemak kembali nama tempat dan jalan yang masih menggunapakai perkataan Inggeris antaranya seperti Che Det Walk dan Star Walk.

“Bagi mendaulatkan bahasa Melayu, perkataan Inggeris yang masih banyak pada tempat dan jalan sekitar bandaraya ini perlu diambil perhatian kerana kita tidak mahu identiti penjajah masih wujud di negara ini," katanya.

Rabu lalu, Kerajaan Kedah membuat keputusan menukar ejaan bandaraya Alor Star kepada Alor Setar berkuat kuasa serta merta, sekali gus mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) memperbetulkan ejaan baru itu yang terpapar pada papan tanda di kawasan masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan itu dibuat kerana mahu mengekalkan asal usul nama bandaraya ini yang diambil sempena nama pokok Setar.

Difahamkan, sebelum ini ejaan nama Alor Setar ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof, menerima baik hasrat kerajaan menukar ejaan itu.

Beliau berkata, ejaan Alor Star yang diguna selama ini tidak mempunyai ciri-ciri sejarah kerana ejaan 'Star' adalah perkataan Inggeris yang membawa maksud bintang, manakala Setar daripada pokok Setar.

Katanya, perkara ini akan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya generasi muda yang sekali gus membuat tanggapan nama bandaraya ini diambil daripada perkataan Inggeris yang bermakna bintang.

“Selain itu, kami memohon memperbetulkan beberapa nama tempat yang mengandungi kesilapan ejaan seperti jalan Telok Wanjah yang sepatutnya dieja Telok Wan Jah iaitu nama isteri seorang pembesar negeri ini," katanya.

Sunday, January 11, 2009

Solat yg Berkualiti


Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat juga merupakan tiang agama. Allah swt berfirman "Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." An-Nisa:103

Dalam menghiasi Ramadhan ini dengan pelbagai aktiviti mencari pahala, telah menjadi amalan umat Islam di negara ini untuk menunaikan solat sunat Terawih secara berjemaah.

Solat sunat Terawih mula didirikan oleh Rasullulah saw ketika Ramadhan. Pada peringkat awal, apabila orang ramai melihat baginda bersolat di masjid, baginda hanya membiarkan sahaja. Apabila seorang dua mengikut, baginda juga membiarkan sahaja. Tetapi di hari-hari berikutnya, apabila semakin ramai yang mengikut, baginda lalu berhenti dan hanya solat berseorangan di rumah selepas itu.

Baginda takut Terawih akan dianggap sebagai satu kemestian, lalu memberatkan sesetangah orang. Rakaat yang baginda laksanakan hanyalah 8. Solat Terawih mula didirikan secara berjemaah bermula dari zaman Khalifah Umar ra. Pada zaman Khalifah Ali ra, solat tersebut telah ditambah sehingga 20 rakaat.

Mengikut apa yang disyorkan oleh kerajaan Malaysia, setiap masjid digalakkan mendirikan solat jemaah sunat Terawih sehingga 20 rakaat.

Sebenarnya tidak menjadi masalah berapa rakaat Terawih itu, asalkan di dalam kemampuan. Walaupun Terawih boleh dilakukan bersendirian, namun solat berjemaah mempunyai kelebihan sebanyak 27 darjat dari solat berseorangan.

Hari ini telah masuk 12 Ramadhan dan 13 kali solat jemaah sunat Terawih dilakukan di seluruh negara. Ada juga budaya "amat buruk" di sesetengah tempat untuk berlumba-lumba dalam mempercepatkan solat sunat terawih. Lagi cepat habis 20 rakaat lagi baik, kalau boleh sebelum pukul 10 malam. Akibatnya solat-solat yang dilakukan tidak berkualiti.

Amalan yang tidak berkualiti belum tentu diterima oleh Allah. Pernahkah terfikir kemungkinan sekiranya kita bersolat sehingga 20 rakaat, terkejar-kejar masa, tetapi Allah tidak menerima satu rakaat pun.

Sabda Rasulullah saw, "Banyak sekali orang mendirikan solat, tetapi tiada bahagian yang diperolehi daripada solatnya melainkan lelah dan payah semata-mata" Riwayat Nasai dan Ibnu Majah.

Solat merupakan satu-satunya medium untuk kita berkomunikasi dengan tuhan yang dicintai. Kenapa perlu tergesa-gesa meninggalkan kekasih hati? Ke manakah yang lebih penting dari berhadapan dengan tuhan pencipta?

Ramadhan merupakan rahmat dari Allah. Manusia yang bijak akan menggunakan Ramadhan sebagai bulan untuk menyucikan diri dengan mendekatkan diri dengan Allah. Dan sedekat-dekat seseorang itu dengan tuhannya adalah ketika di dalam sujud. Ini merupakan saat emas yang patut dimanfaatkan oleh orang yang bersolat. Sujud yang berkualiti merupakan salah satu elemen dalam melahirkan solat yang berkualiti.

Solat-solat yang berkualiti dapat mencegah seseorang daripada kejahatan. Ia akan terjadi secara 'automatik' pada diri seseorang apabila seseorang itu mula berjaya mendirikan solat yang berkualiti.

Sabda Rasulullah saw, "Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat mencegahnya daripada kejahatan serta kemungkaran, maka tidaklah bertambah dari Allah melainkan hanya menjauhkan sahaja" Riwayat Thabrani.

"melainkan hanya menjauhkan sahaja" di sini sering terjadi apabila kita mula merasa bosan, fikiran terawang-terawang, mengejar rakaat. Lalu solat kita menjadi solat yang tidak berkualiti dan keadaan diri kita semakin jauh dari Allah.

Sebaliknya solat yang berkualiti , seperti yang saya katakan tadi, akan menyebabkan perubahan sikap individu itu terjadi secara sendirinya tanpa dirancang. Jiwa dan dirinya dengan sendiri menjauhi kejahatan.

Hadith ini boleh menjadi panduan untuk mengaudit solat kita.

Ramai yang ingin menghayati solat, ingin khusyuk ketika solat, ingin bercakap-cakap dengan tuhan ketika dalam solat, ingin memohon keampunan di dalam solat, tetapi ramai yang tidak tahu caranya.

Dalam menghayati solat dan menghasilkan solat yang berkualiti, Al-Ghazali ada menggariskan beberapa langkah-langkah yang perlu diterapkan di dalam diri ketika solat.

Kehadiran hati itu penting. Hati perlu dikosongkan dari semua perkara yang tidak ada hubung kait dengan solat itu.

Memahami maksud ucapan atau bacaan di dalam solat. Ini termasuk surah-surah, bacaan rukuk, sujud dan semuanya sehingga selesai solat.

Merasa kebesaran tuhan dengan bacaan-bacaan dan ucapan-ucapan itu. Dalam erti kata moden, menjiwai apa yang diucapkan.

Berasa takut kepada Allah. Sujud dan rukuk berserta rasa memohon ampun di hati ke atas kesalahan diri. Ingatlah Allah yang memusnahkan umat terdahulu, menggerakkan jantung kita, dan Dia boleh menghentikan bila-bila masa sahaja.

Mengharap kurnia Allah ke atas solat yang dikerjakan.

Malu dengan Allah, kalau-kalau solat masih kurang sempurna. Malu atas semua kecelaan diri.
Rasulullah saw sendiri ada mengariskan panduan ringkas dalam menghasilkan solat yang berkualiti.

Hadis Abu Hurairah r.a: Ketika Rasulullah s.a.w memasuki masjid, seorang lelaki juga memasukinya lalu mendirikan sembahyang. Setelah selesai, dia datang memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menjawab salamnya lalu bersabda: Sembahyanglah sekali lagi kerana sembahyang yang kamu lakukan tadi tidak sah. Lelaki tersebut kembali mendirikan sembahyang sebagaimana yang telah dilakukannya kemudian kembali menemui Rasulullah s.a.w dengan memberi salam kepada baginda. Lantas baginda menjawab salam lalu bersabda: Sembahyanglah sekali lagi kerana sembahyang yang kamu lakukan tadi tidak sah. Perkara ini berlaku sebanyak tiga kali sehingga akhirnya lelaki tersebut berkata: Oleh kerana engkau dibangkitkan untuk menyatakan kebenaran, bagaimanakah sebenarnya sembahyang dilakukan? Ajarkanlah padaku. Lalu baginda bersabda: Apabila kamu ingin mendirikan sembahyang, mulakanlah dengan bertakbir kemudian bacalah ayat atau surah yang paling senang bagi kamu. Seterusnya rukuklah sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut dan bangkitlah berdiri. Setelah itu sujudlah sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut dan bangkitlah untuk berada dalam keadaan duduk antara dua sujud. Itulah cara yang perlu kamu lakukan sehingga selesai sembahyang. Sahih Muslim.

Sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut, juga bermaksud sehingga hati menjadi tenang (mengikut riwayat Bukhari). Ini menunjukkan teknik solat yang diajar oleh Rasulullah saw dihiasi dengan ketenangan, pengharapan dan tidak tergesa-gesa.

Marilah sama-sama kita mendirikan solat yang berkualiti.

Friday, January 9, 2009

Puisi: Aku cemburu pada Mujahidin Palestin


Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci Iklan

Bau syurga dapat kau rasai
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu

Apakan daya aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu menghulurkan derma
Aku sekadar mampu memboikot

Jika kamu di ambang syurga
Doakan kami dapat bersamamu

Islam akan tetap terpelihara
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan
Baik atau buruk, syurga atau neraka

Nurkilan : Rozmal Malakan

Friday, January 2, 2009

Laungan 'Jahanam Israel ' berkumandang di Masjid Negara

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh) - Api kemarahan dan kebangkitan umat Islam meledak ke seluruh negara dan pelusuk dunia membantah sikap 'kebinatangan' Israel membunuh dengan kejam penduduk Palestin sehingga mengorbankan lebih 300 nyawa.
Akibat daripada itu, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur sebentar tadi, sejumlah 500 umat Islam berkumpul menyertai Himpunan Aman Palestin sambil meluahkan rasa amarah yang tidak berkesudahan kepada rejim zionis Israel itu sambil menggesa negara-negara Islam mengambil tindakan drastik bagi mengelak pertumpahan darah berlaku lagi yang bermula sejak 60 tahun lalu tanpa henti.



Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Support Palestin" di samping laungan penuh benci orang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi!" berkumandang di pekarangan masjid tersebut yang turut menarik perhatian kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di bulatan berhampiran pintu masuk masjid.

Himpunan hari ini diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub bersama pimpinan PAS dan NGO yang lain seperti Ketua Pemuda PAS Wilayah Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Sungguhpun terdapat sejumlah 50 anggota polis, kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.



Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari ini selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh.

Manakala Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) juga mengutuk serangan kejam rejim Yahudi ke atas rakyat Palestin dengan mengadakan himpunan sama di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS), UIAM Gombak selepas solat Jumaat hari ini.



Pada 30 Disember lalu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu telah menghantar memo bantahan kepada wakil kedutaan Amerika dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut.

Dilaporkan setakat ini seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel yang melakukan serangan di Gaza sejak Sabtu lalu. Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA - azm

Bantah Rejim Zionis


Kuala Lumpur
Perhimpunan secara aman selepas solat jumaat di perkarangan Masjid Negara,Pehimpunan itu diadakan bagi membantah Israil dari terus menyerang bumi Palestin , Perhimpunan yang melibatkan Parti Politik / NGO , Perhimpunan itu dihadiri Ketua pemuda PAS Pusat & Ketua Angkatan Muda Keadilan. Alhamdulillah Perhimpunan berjalan dengan Aman,



Allah hu Akbarr!!!!!!



Hidup Hidup ISLAM!!
Hancur, Jahanam Israil!!!




Free Palestin

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes