"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Monday, December 12, 2011

Sultan Kedah Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Baru Buat Kali Kedua


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Patik ingin mengambil kesempatan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14.

Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Abdul Halim akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda. Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.

Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Sementara itu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri. Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010. -MStar

YDPA dan Timbalan YDPA...
Gandingan mantap... Menuju Malaysia sejahtera!

Sebagai seorang rakyat Kedah dan merupakan anak jati negeri Jelapang Padi ini, patik meluahkan rasa bangga kerana Tuanku adalah Sultan pertama dalam sejarah Malaysia yang diisytihar menjadi Yang Di-Pertuan Agong buat kali KEDUA.

Tahniah Tuanku. Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan untuk terus memimpin Negeri Kedah Darul Aman dan negara tercinta, Malaysia. Daulat Tuanku! Allahu Akbar!!!

Thursday, December 8, 2011

Merebut kelebihan bulan Muharram

ustaz azhar idrus

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.

Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”

Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH! Sempena peristiwa tersebut, Masjid Negara akan mengadakan Solat Sunat Gerhana dan Khutbah Khas pada 10 Disember 2011 (Sabtu) bersamaan 15 Muharram 1433H bermula jam 7.00 malam sehingga jam 10.00 malam. Muslimin muslimat dijemput hadir. — at Masjid Negara Kuala Lumpur.
 

Monday, November 21, 2011

Muharam dalam pandangan Islam

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)
Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.
Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.
Cuma dalam sebahagian kepercayaan masyarakat Melayu pada hari ini, mereka ada yang mempercayai Muharam ini adalah bulan yang membawa sial sehingga mereka sangat takut untuk menikahkan anak-anak mereka pada bulan ini. Kepercayaan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat jawa khususnya. Wallahualam, setakat kajian penulis tidak ditemui sebarang dalil yang menguatkan kesahihan kepercayaan tersebut. Maka kepercayaan yang tidak dilandaskan kepada dalil yang benar ini, ia hanya tinggal khurafat dan tahyul semata-mata.
Hikmah bulan haram
Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.
Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)
Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.
Amalan sunnah Muharam
Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.
‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”
Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Salah faham Muharam
Dalam kalangan masyarakat Islam hari ini, terdapat beberapa salah faham tentang Muharam. Selain kepercayaan khurafat sebagaimana telah penulis sentuh, terdapat beberapa amalan lain yang turut perlu diambil perhatian. Antaranya adalah seperti amalan doa khusus awal dan akhir tahun hijriah, perayaan maal hijrah, puasa awal dan akhir tahun, dan perayaan meratap kematian Hussein B ‘Ali r.a.
Kata Syaikh Bakr B Abdillah Abu Zaid rahimahullah, “Tiada dalam syariat ini sedikit pun doa atau zikir-zikir khusus untuk awal tahun Muharam. Umat Islam pada hari ini banyak membuat tokok-tambah (bidaah dalam agama) berupa doa, zikir, atau saling bertukar ucapan selamat. Demikian juga dengan puasa awal tahun baru, menghidupkan malam pertama Muharam dengan solat, zikir, atau doa-doa yang khusus, serta puasa akhir tahun dan seumpamanya yang sebenarnya semua ini tidak ada dalilnya sama sekali.
Tidak juga ada satu pun doa atau zikir-zikir khusus sempena akhir tahun yang memiliki sandaran dalil syarak’. Di setiap akhir tahun, ramai orang yang berdoa dan menyusun doa-doa khusus tertentu yang tidak pernah ditetapkan oleh syarak’. Ini semua adalah contoh perbuatan bidaah yang padanya tidak memiliki asas sandaran dalam agama.” (Tashhiih ad-Du’a, m/s. 107 – Daar al-‘Aashimah)
Demikian juga dengan amalan khusus ratapan sempena kematian Saidina Hussein B Ali r.a dan perayaan maal hijrah sempena bertukarnya angka tahun baru hijriah. Tidak ada sama sekali sandaran dalinya dari sunnah Rasulullah SAW mahupun contoh daripada amalan para sahabat ridhwanullah alaihim ajma’in sedikit pun.
Maka, cukuplah sunnah Rasulullah dan contoh pedoman para sahabatnya sebagai qudwah tauladan dalam beragama.Wallahualam.

Bondaku Tersayang ...


Alhamdulillah segala puji hanya bagi tuhan sekelian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Sayyidina Muhammad saw. dan ahli keluarnya serta sahabatnya dan pengikutnya sehingga qiamat.


Syukur kehadrat ilahi sehingga kini kita diberikan udara dan nafas untuk terus hidup bagi menikmati dan mensyukuri segala Nikmat yang diperuntukkan oleh allah kepa kita, Sudah lama agaknya saya tidak kemaskini blog yang sudah lama usang ini , kebelakangan ini agak sibuk tambah lagi talian internet di rumah sudah di potong . sedar tak sedar sudah tiga tahun haul pemergian bondah bertemu dengan allah tuhan yang maha berkuasa.


Almarhumah Bonda Halimah binti Md Daud,telah genap Tiga (3) tahun.
Pada tarikh 7/nov/2008 bersamaan 9/Zulkaedah/1429 H. seawal jam 6.07am .Almarhamah Bonda telah mehembuskan nafas terakhir dipangkuan ayahanda pada jam 12.30am waktu madinah / 5.30am waktu malaysia, Jenazah bonda disemadikan di perkuburan al-baqieq' berhampiran masjid Nabawi. Doa' anak-anak Moga roh Bonda ditempatkan bersama para solihin Al-Fatihah buat Bondaku tersayang.

Wednesday, October 12, 2011

Kartun yang menarik untuk difikir-fikirkan

 

Thursday, October 6, 2011

SEDIAKAN YANG LIMA UNTUK MENDAPATKAN YANG LIMA

ALLAH tidak akan memberikan lima perkara kepada seseorang sebelum Ia menyediakan lima perkara itu...

1. ALLAH tidak akan memberikan SYUKUR kepada seseorang, melainkan telah menyediakan untuknya tambahan.

" Sesungguhnya, jika kamu bersyukur kepada-Ku, maka akan Aku tambahkan ni'mat kepadamu, akan tetapi jika kamu kufur atas ni'mat-Ku, maka sesungguhnya seksaan-Ku amat pedih." (S.Ibrahim:60)


2. ALLAH tidak akan memberikan DOA kepada seseorang, melainkan telah mnyediakan untuk dikabuL.
" Berdoalah kepada KU, nescaya Aku kabuLkan doamu." (S. Al-Mu'min:60)

3. ALLAH tidak memberikan ISTIGHFAR kepada seseorang, melainkan telah menyediakan untuknya ampunan.
" Beristighfarlah kamu kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Dzat Yang Maha Pengampun." (S.Nuh:10)

4. ALLAH tidak memberikan TAUBAT kepada seseorang, melainkan telah menyediakan diterima-Nya taubat tersebut.
" Telah dituliskan di sekeliling 'Arasy sebelum dunia ini diciptakan empat ribu tahun lagi, "Sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beramaL soLeh, kemudian dia mendapat petunjuk." (HR Dailami)

5. ALLAH tidak memberikan SEDEQAH kepada seseorang melainkan Dia telah menyediakan untuknya riang yang akan menerima.
" Tidaklah seseorang itu bersedeqah dengan suatu sedeqah semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH, melainkan ALLAH berfirman pada hari kiamat: "Wahai hamba-Ku! Kamu mengharapkan pahala dari-Ku, maka Aku tidak akan menghinamu, Aku mengharamkan neraka atas tubuhmu dan masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang kamu sukai." (Maksud Hadith Rasulullah s.a.w).

Seterusnya Jangan Lupa 5 Ubat bagi Hati !

Abdullah Antaqi berkata : " Lima macam termasuk ubat bagi Hati" iaitu :

1. Duduk bersama-sama dengan orang-orang soLeh.
2. Membaca Al-Quran.
3. Mengosongkan perut.
4. SoLat MaLam
5. Merendahkan diri ketika menjeLang Subuh.

:: credit by ::

Tuesday, October 4, 2011

22 tanda hari kiamat semakin hampir


1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Thursday, September 29, 2011

Sambutan Aidilfitri Anak Kedah Di Perantauan




Wednesday, September 7, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri Di Seri Mentaloon meriah


ALOR SETAR, 5 September 2011 – Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berlangsung dengan penuh meriah. Lebih 50 ribu pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat hadir meraikan rumah terbuka tersebut.
Walau pun majlis dimulakan pada jam 12 tengahari namun pengunjung telah mula membanjiri perkarangan Seri Mentaloon seawal 10 pagi.


Sementara itu, di sebelah petang, majlis dibanjiri dengan pelajar-pelajar sekolah di mana mereka juga tidak mahu ketinggalan bersama-sama meraikannya.
Cuaca yang baik dan agak redup membuatkan para pengunjung yang tidak putus-putus hadir dari pagi hingga ke petang. Sementara itu petugas-petugas tidak kering tangan melayani mereka dan ada di antara makanan yang habis awal kerana mendapat permintaan yang tinggi dari pengunjung.
Antara menu yang disajikan termasuklah, nasi dagang, satay, keropok lekor, murtabak, mee goreng, lontong, soto, pasembur, ais kerim, kekacang, kuih raya,ketupat, lemang dan lain-lain lagi. Sementara itu. minuman sejuk dan teh tarik disajikan untuk pengunjung menghilangkan dahaga.
Antara yang menarik, para pengunjung berpeluang menikmati sirap rambutan keluaran Kedah Agro yang merupakan produk keluaran kerajaan negeri.
YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang muncul di majlis tersebut kira-kira pukul 12.00 tengahari disambut meriah oleh semua yang hadir. Rata-rata rakyat merindui beliau dan ingin melihat sendiri keadaan beliau setelah sembuh dari sakit baru-baru ini. Ribuan kanak-kanak beratur panjang untuk menerima duit raya daripada beliau.
Paling istimewa ialah keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah yang turut menjadi tetamu kepada YAB Menteri Besar.

Saturday, August 27, 2011

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin 
كل عام وأنت بألف خير


Thursday, August 18, 2011

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

 
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes