"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Monday, December 20, 2010

Bahaya Mulut Celupar



Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”

Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja.

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” [1]

Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” [2] Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.

Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya.
Wallahu’alam

[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4646
[2] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : 9298

Wednesday, November 10, 2010

Hari Raya Aidiladha





Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Sumber : Lebai Wikipedia

Sunday, November 7, 2010

Dua tahun sudah berlalu ( Al-Fatihah)


Abah & Mak sebelum ke Tanah Suci

Alhamdulillah segala puji hanya bagi tuhan sekelian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Sayyidina Muhammad saw. dan ahli keluarnya serta sahabatnya dan pengikutnya sehingga qiamat.


kenangan bersama bonda

Haul Tarikh pemergin Almarhumah Bonda Halimah binti Md Daud,telah genap Dua (2) tahun.
Pada tarikh 7/nov/2008 bersamaan 9/Zulkaedah/1429 H. seawal jam 6.07am .Almarhamah Bonda telah mehembuskan nafas terakhir dipangkuan ayahanda pada jam 12.30am waktu madinah / 5.30am waktu malaysia, Jenazah bonda disemadikan di perkuburan al-baqieq' berhampiran masjid Nabawi. Doa' anak-anak Moga roh Bonda ditempatkan bersama para solihin Al-Fatihah buat Bondaku tersayang.

Sunday, October 31, 2010

Semoga Mendapat Haji Mabrur



Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya layak buat sang pencipta. Syukur yang tidak terhingga kerana pada hari yang penuh keberkahan ini juga kita diberikan nikmat yang paling bernilai di langit dan di bumi iaitu nikmat iman dan islam yang mana diberikan daripada nenek moyang kita sehingga kepada kita pada hari ini, bersyukur juga diatas kurniaan kesihatan dan kebahagiaan yang tidak terkira banyaknya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Sayyidina Muhammad SAW serta ahli keluarganya, dan para sahabatnya yang beliau sayangi dan para pendakwah dan pengikut agama Allah yang tidak putus2 berjuang sehingga hari qiamat.

marilah kita sama-sama mendoakan semoga semua tetamu Allah yang menunaikan haji tahun ini, dipermudahkan segala urusan ibadah di Tanah Suci Mekah dan insyaAllah mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair seperti anak kecil yang baru dilahirkan. Semoga Allah menganugerahkan kesabaran dan ketaqwaan semasa menghadapi segala kesukaran dan mehnah di Tanah Suci. Doakan kami yang tinggal di belakang ini akan sampai pula giliran kami menyahut panggilan Baitullah di tahun-tahun hadapan. Amin ya ra'ab.

Monday, October 25, 2010

Anak Ku ...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم




ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم بعد,

Bersyukur kehadrat ilahi , Pada tanggal 13.10.2010 jam 8.40pm maka lahirlah zuriat pertama ku , Nur Amrina Rasyada Binti Mohd Fakhrorozi .

Friday, October 8, 2010

KELEBIHAN BULAN ZULKAEDAH

Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan.

Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini.

Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni.

Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah.

Daripada Abu Bakrah(1), sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban.

Sumber Rujukan

Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat menyambut hari lebaran ... Dari kami sekeluarga , maaf Zahir & Batin.

Friday, September 3, 2010

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran





Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam(yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Tuesday, August 17, 2010

Sirah : Nuzul al-Quran



Dengan Nama Allah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sumber : http://www.islam.gov.my/e-rujukan

( JAKIM )

Saturday, August 14, 2010

Mencari Keberkatan Dalam Bersahur

Bismillahirrahmanirrahim…

Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda SAW :

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani : “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.”

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah SAW :


“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda SAW :

“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” – Hadis riwayat Ahmad.

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Ya Ramadhan



Ramadhan yg dirindui .
Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ..
moga kita dapat memperbanyakkan amal ibadah kita Insyallah

Saturday, August 7, 2010

Kemuncak Imam Muda



KUALA LUMPUR: Imam Muda, sebuah reality show baru yang telah mendapat perhatian global, telah menemui pemenang perdananya.

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, seorang imam dari Pulau Pinag telah terpilih sebagai imam muda terunggul pada musim ini, Manakala Hizbur Rahman Omar Zuhdi pula memenangi tempat ke-dua, Pogram kemuncak imam muda itu di diadakan di Pusat Islam Kuala Lumpur ( JAWI )


Wajah Baru: Asyraf memegang trofi selepas memenangi Imam Muda .



Ia memenangi biasiswa bagi melanjutkan pengajian di Al-Madinah International University untuk meneruskan pengajian pasca-sarjana.

hadiah lain untuk Asyraf, yang mempunyai gelaran dalam Usuluddin dan Fiqih dari Universiti Malaya, termasuk ditawarkan oleh JAWI sebagai seorang imam di salah satu masjid di Wilayah Persekutuan, ziarah Haji, sebuah Proton Exora, RM20, 000, bercuti, iPhone , perabot bernilai RM10, 000 dan Apple Macbook Pro.

Manakala Hizbur Rahman, 27, seorang guru agama di Maahad Tahfiz Al-Quran (ABADA)dari Kg Lanai Baling di Kedah, juga memenangi biasiswa ke universiti yang sama.



Hizbur, yang ketika ini sedang mengejar gelar di bidang syariah di Al-Azhar University di Kaherah, juga menerima pakej umrah, perabot bernilai RM7, 000, iPhone, Apple Macbook Pro dan RM15, 000.

info :
halaman Facebook telah 55.538 fans.

Monday, July 19, 2010

Hukum berkaitan walimah atau kenduri kahwin

Walimatul urus atau kenduri kahwin sunat kerana Nabi صلى الله عليه والسم ada memperbut dan menyeruh seperti hadis

قال صلى الله عليه والسم لعبد الرحمن أولم ولو بشاة

Telah menyuruh Nabi صلى الله عليه والسم akan Abdul Rahman “buat lah kenduri walau pun dengan seekor kibas”.

Di dalam hadis lain Nabi صلى الله عليه والسم ada memperbuat walimah semasa mengahwini Safiah, baginda menjamu jemputan dengan buah tamar, minyak safi dan keju yang dicampur sekeliannya dinamakannya haisan (حيسا).

Kedua hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Suruh pada hadis yang pertama dengan makna sunat kerana diqias dengan qurban dan sekelian kenduri.

Peringatan:

الأصل في الأمر للوجوب إلا ما دل الدليل علي خلافه

Asal pada suruh iaitu bagi wajib melainkan datang dalil atas menyalahinya.

Yakni asal suruh menunjukkan wajib melainkan ada perkara yang memalingkan dari wajib kepada sunat.

Syarat wajib memperkenankan sila lihat Syarat wajib memperkenan jemputan kahwin.

Waktu disunatkan buat kenduri kahwin ialah selepas akad nikah dan tiada akhir bagi waktunya. Tetapi afdal dikerjakan selepas wati.

Dari hadis di atas yakni pada lafasولو بشاة walau seekor kibas menunjukkan kenduri yang sekurang kurang sempurna.

Harus buat kenduri kahwin dengan apa sahaja makanan atau minuman walaupun sedikit.

Sebaiknya buatlah kenduri kahwin setakat kemampuwan kita, jangan melampau sehinga berhutang yang menyebabkan susah dibelakang hari

Sunday, July 18, 2010

كل نفس ذاءيقة ألموت

ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

قال الله تعالى:
كل نفس ذاءيقة ألموت
"Setiap Yang bernyawa pasti menemui kematian"

Pada jam 07.o0pg 2 julai lalu ku menerima mesej dari Adik ku Firdaus yang mengkhabarkan tentang pemergian bapa saudaraku pklong che soh. pada ketika itu aku sudah berada di pejabat untuk menjalankan tugas harian, Msg nya "Salam... abg cik nak bagi tau ni,org yg kta sayg paklongg ceksoh meninggal di hosiptal muazam awal pagi tadi. alfatihah.

Walaupun aku tidak begitu rapat dengan Paklong tapi di atas pemergiannya amat terasa juga, kerana beliau juga merupakan salah seorang bapa saudara sekandung dengan almarhumah bondaku. Aku hanya mampu berdoa Semoga Roh nya dicucuri rahmatnya,

Al-fatihah Buat :

Che Soh Bin Tijah
Sariah Bin Tijah
Halimah Bin Tijah

moga mereka semua diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama para anbiya' dan para auliya' amin.

اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم وعفعنهم

Monday, July 5, 2010

HUKUM ASAL SUATU PERKAHWINAN



HUKUM ASAL SUATU PERKAHWINAN ADALAH HARUS SAHAJA TETAPI DALAM PADA ITU BERKEMUNGKINAN BOLEH BERUBAH MENJADI WAJIB, SUNAT, HARAM DAN MAKRUH DI MANA SESUAI DENGAN KEADAAN SESEORANG YANG AKAN MENEMPUH PERKAHWINAN.


HURAIANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

1. PERKAHWINAN YANG WAJIB.
ORANG YANG DIWAJIBKAN BERKAHWIN IALAH ORANG YANG SANGGUP UNTUK BERKAHWIN, SEDANG IA KHUATIR TERHADAP DIRINYA AKAN MELAKUKAN PERBUATAN ZINA.

2. PERKAHWINAN YANG SUNAT
ORANG YANG DISUNATKAN BERKAHWIN IALAH ORANG YANG MEMPUNYAI KESANGGUPAN UNTUK BERKAHWIN DAN SANGGUP MEMELIHARA DIRI DARI KEMUNGKINAN MELAKUKAN PERBUATAN YANG TERLARANG.

3. PERKAHWINAN YANG HARAM
ORANG YANG DIHARAMKAN BERKAHWIN IALAH ORANG YANG MEMPUNYAI KESANGGUPAN UNTUK BERKAHWIN TETAPI KALAU IA BERKAHWIN DIDUGA AKAN MENIMBULKAN KEMUDHARATAN TERHADAP PIHAK YANG LAIN SEPERTI ORANG GILA, ORANG YANG SUKA MEMBUNUH ATAU MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT YANG DAPAT MEMBAHAYAKAN PIHAK YANG LAIN DAN SEBAGAINYA.



4. PERKAHWINAN YANG MAKRUH
ORANG YANG MAKRUH HUKUMNYA BERKAHWIN IALAH ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI KESANGGUPAN UNTUK BERKAHWIN (DIBOLEHKAN MELAKUKAN PERKAHWINAN) TETAPI IA DIKHUATIRI TIDAK DAPAT MENCAPAI TUJUAN PERKAHWINAN. OLEH ITU DIANJURKAN SEBALIKNYA IA TIDAK MELAKUKAN PERKAHWINAN.

DEMIKIAN HURAIAN HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN DAN JUGA PENGAJARAN YANG BAIK KEPADA SESIAPA YANG HENDAK BERKAHWIN.

Monday, June 28, 2010

Aku Cemburu Mujahidin Palestin


Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin,
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci,
Kamu terpilih mempertahan masjid suci,
Bau syurga dapat kau rasai,
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup,
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu.
Apakan daya aku hanya mampu berdoa,
Aku hanya mampu menghulurkan derma,
Aku sekadar mampu memboikot.

Jika kamu di ambang syurga,
Doakan kami dapat bersamamu.

Islam akan tetap terpelihara,
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran,
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan,
Baik atau buruk, syurga atau neraka.

Sumber: Harakahdaily.net

Sunday, May 30, 2010

Internet: Antara Tiga Golongan

INTERNET: ANDA GOLONGAN YANG MANA?



Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.

Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :

Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain game, mendengar lagu, berborak kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, ‘merayau-rayau' tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.

Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT.

Bersama-sama kita bermuhasabah. Saya dan anda golongan yang mana? Sekiranya anda golongan yang pertama, anda hebat! Anda beruntung dan berbaloi walaupun dua atau tiga jam menghadap computer.

Sekiranya anda golongan yang kedua, anda golongan yang rugi kerana masa anda dipersia-siakan tanpa sebarang faedah. Anda akan menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa yang kita habiskan.



Atau anda golongan yang ketiga? Awas!!! Dan hentikan tabiat buruk itu. Anda sedar atau tidak anda sebenarnya membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik anda.

Mudarat internet amat besar. Kerana internet boleh menghilangkan maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.



Konklusinya, berhati-hatilah dalam menggunakan kemudahan internet. Manfaatkan kemudahannya untuk menjana amal soleh dan kebaikan di dunia dan akhirat. Jangan kerananya menyebabkan kita menerima penghinaan dan azab yang pedih bila kembali ke kehidupan yang sebenar nanti.

Friday, May 28, 2010

kepentingan Solat



Pengaruh atau kesan positif sembahyang kepada kehidupan umat Islam terlalu besar, terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan, keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Malah ibadah sembahyang berupaya menjadi benteng diri mencegah per-buatan keji dan mungkar. Betapa besar kepentingan dan pengaruh sembahyang kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:

Sembahyang Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).
Sembahyang adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:


Yang bermaksud:
”Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepada Mu nikmat yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu”. (S. Al-Kautsar: 1-2).

Hikmah Sembahyang Dalam Menghapus Dosa.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
”Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim).


Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembah-yang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S. Al-Ankabuut: 45).
Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.

Saturday, April 10, 2010

Tuan Guru Haji Salleh Musa, pengasas pondok Madrasah Ar-Rahmaniah Sik Kedah



Tuan Guru Haji Salleh Musa, seorang tokoh pendakwah dan tokoh agama yang sangat disegani di Negeri Kedah. Beliau yang telah banyak menyumbang jasa dalam sektor pengajian agama di negeri Kedah merupakan anak jati Sik, Kedah. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sik yang mana merupakan sekolah yang sama dengan tokoh penulisan tempatan, Dato’ Shahnon Ahmad.

Pemilik dan pengasas kepada sebuah pondok agama terkemuka di Sik Kedah iaitu Madrasah Ar-Rahmaniah atau juga dikenali sebagai Pondok Tok Guru Haji Salleh, Sik pernah mengikuti sesi pengajian agama di Pondok Tuan Hussein, Pulau Pinang selama sebulan sebelum Malaysia (ketika dulu Tanah Melayu) ditakluk di bawah jajahan Jepun. Semasa tempoh penjajahan, Tuan Guru Haji Salleh tidak mengikuti mana-mana pengajian selama hampir 3 tahun 8 bulan. Setelah tamat penjajahan Jepun ke atas Malaysia, Tuan Guru terus menyambung pengajian dalam bidang pendidikan agama di Gajah Mati, Pendang.


Bapa beliau yang pada ketika itu merasakan sudah tiba masanya untuk Tuan Guru melanjutkan pengajian ke Mekkah memberi dorongan dan rangsangan untuk beliau melanjutkan pengajian ke Negara Timur Tengah itu. Berkat doa dari bapa beliau, Tuan Guru Haji Salleh telah menyambung pengajiannya ke Mekkah ketika beliau berusia lingkungan 25 tahun. Perjalanan ke Mekkah pada ketika itu yang menggunakan kapal laut telah memakan masa selama 16 hari untuk tiba di sana. Beliau mengabdikan diri menuntut ilmu di bumi bertuah Mekkah selama 15 tahun. Beliau telah mengikuti kuliahnya yang pertama di Makkah iaitu di Madrasah Darul Ulum Ad-Diniah selama 6 tahun sehingga beliau mendapat sijil yang tertinggi dari Madrasah tersebut.

Setelah tamat pengajian di Madrasah Darul Ulum Ad-Diniah, beliau seterusnya mendalami ilmu agama dari tokoh pengajian Arab yang terkemuka di Masjidil Haram seperti Al-Alim Alamah Sheikh Muhammad Yassin Al-Fadani. Pelbagai pengalaman yang telah beliau tempuhi sepanjang berada di Mekkah antaranya terpaksa bersusah payah dan bertungkus lumus untuk mempelajari Bahasa Arab yang menjadi pertuturan harian beliau ketika di sana.



Banyak halangan juga telah beliau tempuhi semasa membuka Madrasah Ar-Rahmaniah antaranya tohmahan dari orang kampung berhubung hasrat beliau untuk mengembangkan pengajian Islam menerusi kuliah yang beliau sampaikan di madrasah tersebut. Berkat kesabaran dan keikhlasan beliau untuk menyampaikan ajaran agama kepada seluruh masyarakat Kedah, akhirnya Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik ini berjaya ditubuhkan dan kini telah menerima kemasukan pelajar dari seluruh Malaysia antaranya dari Kelantan, Pahang dan Perak.

Bapa kepada 11 orang anak ini telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk menerima Anugerah Tokoh Pendakwah bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1430H/2009M di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini. Selain itu, beliau juga pernah menerima darjah kebesaran daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah antaranya Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) dan pingat Setia Diraja Kedah (S.D.K).



Beliau yang sangat mengagumi pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang baru di bawah naungan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak pentadbiran kerana berjaya memacu negeri Kedah ke arah kehidupan yang lebih sejahtera disamping menyeimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat.

Akhir sekali, beliau mengucapkan selamat menyambut Awal Muharam kepada seluruh pembaca dan semoga tahun baru ini, kita penuhi dengan amalan-amalan kebaikan yang bakal membawa kita ke jalan kebenaran.

Wednesday, April 7, 2010

Lata Bayu, Baling .

Balik Kampung baru ni sempat gak bawa zaujah pergi berkelah ,
Lokasinya Lata Bayu, Baling. emm x jauh dari rumah mertua,
Tempatnya nyaman & segar sekali. Bebanan tugasan harian di opis hilang sejenak dari ingatan, Alangkah indahnya ciptaan tuhan. Maha suci mu ya Allah pencipta alam...











Thursday, April 1, 2010

Al-fatihah Buat Mak Teh


Gambar terakhir bersama mak teh,semasa raya korbah 2008

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi penyayang..

Baru saja tadi daku mendapat pangilan daripada ayahanda di Kampung mengkhabarkan tentang ibu saudaraku yang baru saja di jemput penciptanya.Ibu saudar yang paling kami rapat, Perasaan hiba menyelubungiku,waktu ketika itu aku tengah menjalankan tugas harianku di pejabat,Tanpa melengahkan masa aku terus menalifon Mohd Firdaus ( adikku ) untuk menceritakan berita menyedihkan itu, kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. jam 2 kami baru keluar dari K.Lumpur , Dan kami sampai di kampung Tiak,Baling Kedah sekitar jam 7 ptg,
setibanya kami di kampung terus kami ke tanah perkuburan Kg Carok Kangar. Majlis pengkebumian telah selesai. Hanya Doa' Dari kami untuk makteh, moga ditempatkan bersama para solihin... Insyallah.

al-fatihah buat ibusaudaraku...

Wednesday, March 24, 2010

gambar dulu-dulu



In The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

assalamualaikum....
buat tatapan sahabat !!!
saja ana postkan gambaq-gambaq masa kat luaq dulu..
saja la dok tgk gamabr lama2 ni, rasa menarik la gambaq kat tempat ni, tempat yang tak pernah padam dalam memori hidupku.kerana di tempat inilah ku mengenal dunia sebenar, maklumlah masa tu proses usiaku untuk dewasa , di sini la aku membesar selam 3tahun ,usiaku waktu ketika itu , haaha cuba teka !!! baru 16 tahun beb !!! ( baru lepas baliq ) huhuhu ... segala apa yang ku lalui di sana, kenangan suka duka,pahit manis, kanku jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup ku .

Pakistan Zindabat !!!



masa belajar Di Jamiah Ashrafiah



Cuti time Raya Puasa , Musim Sejuk 1998



Bersama Sahabat-sahabat Persatuan Pelajar Malaysia

Sunday, March 21, 2010

Peringatan untuk kita "April Fool!” Lebong!!!



Beberapa hari lagi tanggal satu April akan tiba. Ramai yang sudah tertunggu-tungu untuk menyambut hari ini dengan nama April Fool. Hari berjenaka, dengan pelbagai pembohongan untuk bergurau senda. Walaupun namanya sudah sah menggunakan kaliah Inggeris, tetapi penduduk-penduduk negara lain selain negara berbahasa inggeris turut galak menyambutnya. Termasuklah penduduk di Malaysia.

Apakah sikap orang ISLAM bila hari ini datang?
mereka menyambutnya juga. Turut melakukan pembohongan untuk berjenaka dengan teman-teman, atau mengambil peluang hari ini untuk mengenakan kenalan mereka atas tujuan keseronokan.

Nama hari ini pun sudah kelihatan jelas tujuannya, April Fool… Hari untuk memperbodohkan orang,hari untuk lebong!!! . Secara kita tidak sedar, bila kita memperbodohkan orang lain, kita juga sebenarnya sedang memperbodohkan diri kita di hadapan ALLAH SWT.

Sebenarnya, tradisi April Fool ini, adalah satu tradisi yang sama sekali tidak patut kita ikuti, rayakan, atau contohi. Hal ini kerana, berbohong atas apa tujuan sekalipun adalah salah satu dari dosa-dosa besar.

Malah, Rasulullah SAW sendiri memberikan amaran kepada sesiapa yang berbohong dari kalangan ummat baginda,

Sabda Rasulullah SAW,

“ Celakalah untuk sesiapa yang berbicara dan berbohong untuk membuat orang tertawa, celakalah untuknya” Riwayat Abu Dawud.

Sabda Rasulullah SAW lagi, kali ini dari sudut menakut-nakutkan orang, atas tujuan berjenaka.

“ Adalah dilarang untuk seorang muslim, menakutkan seorang muslim yang lain” Abu Dawud dan Musnad Ahmad.

Malah di dalam Sahih Al-Bukhari, terdapat sabda Rasulullah SAW yang menyatakan akan siksaan untuk siapa yang berbohhong. Boleh rujuk di dalam Kitab Sahih Bukhari, Vol 8, no 118.

Justeru, saya berpesan kepada diri kita semua, untuk tidak terjebak dalam pembohongan, walau apa pun tujuan kita. Tidak kiralah kerana hendak meraikan Hari April Fool ini, mahupun berbohong pada hari-hari yang lain.

ada pula golongan yang tidak menyambut Hari April Fool, tetapi menyebarkan pula cerita palsu berkenaan sejarah sebenar berkenaan bagaimana bermulanya Hari April Fool tersebut.

Jika kita perasan, di dalam YM, mahupun di dalam Friendster ,Facebook dan sebagainya, akan terdapat forward mesej, atau mesej berantai yang menyatakan bahawasanya Hari April Fool ini adalah berasal dari sambutan orang kafir atas tewasnya orang ISLAM di Spain. Mereka menyambut hari kejatuhan Kerajaan ISLAM Sepanyol itu, dan menamakannya sebagai April Fool.

Dinyatakan di dalam mesej-mesej berantai ini, bahawa orang kafir telah melakukan penipuan terhadap orang ISLAM ketika itu. Maka sebab itulah dinamakan 1hb April ini sebagai Hari April Fool, yakni Hari memperbodohkan orang lain, untuk mengenangkan keberjayaan mereka menipu orang ISLAM sehingga runtuhnya kerajaan ISLAM Sepanyol.

Kes ini, sama sahaja dengan kes cerita-cerita tidak benar berkenaan asal-usul Hari Valentine. Keadaan ini, yakni menyebarkan cerita tidak betul, untuk menakut-nakutkan, atau menghindarkan orang lain dari menyambut hari-hari kebesaran agama lain, adalah satu sikap yang tidak elok dan boleh menimbulkan imej buruk terhadap orang ISLAM sendiri.

Ternyata, kisah Hari April Fool disambut kerana meraikan kejatuhan Kerajaan ISLAM Sepanyol akibat penipuan orang kafir adalah tidak benar.

Maka kita sebagai manusia yang beriman kepada ALLAH, sepatutnya tidak melakukan perbuatan mereka-reka cerita bohong, atau menghantar mesej-mesej berantai yang tidak kita tahu kesohihannya.

Kita hendak mencegah orang dari berbohong, tetapi ternyata, kita sendiri berbohong. Malah pembohongan kita merosakkan imej ISLAM di mata masyarakat. Apakah jenayah yang lebih besar dari pembohongan yang sedemikian?

Marilah kita sama-sama muhasabah diri, dan bergerak atas arahan ILAHI, dan kita koreksi diri dan pertingkatkan kualiti hati.

Semoga ALLAH redha kita, dan menjaga kita dengan penjagaan yang ketat.

Wednesday, March 10, 2010

Hanya mampu Bersujud



[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…...

Saturday, March 6, 2010

JAWI pun guna 1 , 1 Jam 1 Wilayah ...


1 Mac 2010 (Isnin). Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Pelancaran Pengeluaran Kad Nikah 1 jam 1 Wilayah bertempat di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Dengan Pelancaran tersebut JAWI merupakan satu-satu Jabatan Agama Islam pertama yang memproses pengeluaran kad nikah hanya mengambil masa 1 jam menggunakan teknologi canggih dengan kerjasama Percetakan Nasional Berhad (PNB)



majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB. Mej. Jen. Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Y. Bhg. Datin Seri Hajjah Fatmawati Haji Saidin, isteri YB. Dato’ Seri Menteri, Y. Bhg. Dato’ Haji Che Mat Che Ali, Pengarah JAWI dan isteri, pegawai-pegawai kanan JAWI, dan Imam Jurunikah seluruh Wilayah Persekutuan.

Saturday, February 27, 2010

JaKIM pun guna 1 gak... 1Malaysia 1Halal...



Kempen 1 Malaysia 1 Halal merupakan sebuah inisiatif terkini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau lebih sinonim sebagai JAKIM bagi meningkatkan kesedaran dan keprihatinan para pengguna terhadap sijil dan logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM dan/ atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Bakal dilancarkan pada hari Maulidur Rasul 2010, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijangka merasmikan kempen tersebut di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kempen ini bakal disusuli disetiap negeri di Malaysia dan dijangka akan diadakan di pusat membeli belah terpilih.






Tempat
Masjid Negara, Kuala Lumpur

Tarikh
26 hingga 28 Februari 2010

Mengenali Logo Halal Malaysia



Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
Diikuti tulisan rumi “HALAL”;
Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
(Sumber: JAKIM)

Pertanyaan lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program di atas, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
Anwar Bin Chamil (DagangHalal.com): +603-2171 1128
Encik Khairil Bin Sood (JAKIM): +603-8315 0125
Ustaz Raja Mohd Alias Bin Raja Ali (JAKIM): +603-8315 0216

atau rujuk ke http://www.daganghalal.com/1Malaysia1Halal/1Malaysia1HalalCampaign_malay.asp

Friday, February 26, 2010

Selamat Menyambut Maulidul Rasul



Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.




Tuesday, January 5, 2010

Teater Menunggu Kata Dari Tuhan





Salah satu pengisian perayaan Jubli Perak PAS Kawasan Hulu Langat yang tamat semalam ialah pementasan teater bertajuk Menunggu Kata Dari Tuhan. Teater yang berlangsung di Stadium Kajang tersebut nampaknya menarik untuk diteliti dan diberi perhatian.

Teater ini adalah terjemahan sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengisahkan Ka’ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk.

Teater Menunggu Kata Dari Tuhan ini adalah teater kisah penderitaan jiwa dan perasaan yang dialami oleh Ka’ab bin Malik seorang sahabat yang rasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad di Tabuk walaupun pada masa itu beliau sihat dan mempunyai peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang.

Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau dalam perang lalu beliau dipulaukan oleh nabi dan sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Beliau juga diperintahkan untuk menjauhi isterinya.

Penderitaan jiwa yang amat sangat dialami oleh Ka'ab dalam menunggu keampunan dari Allah. Menunggu kata dari Tuhan melalui lidah Rasul..... bilakah beliau akan diampunkan? Berkat kesungguhan beliau dalam memunajat dan mohon keampunan dari Allah akhirnya beliau telah diampunkan oleh Allah.

Namun, mesej besar yag cuba disampaikan adalah – sejauh mana kita bersedia untuk bercakap benar bila sudah melakukan kesalahan dan adakah kita bersedia untuk menerima hukumannya?

Inilah konflik jiwa Ka’ab dan saya rasa konflik jiwa kita juga. Kebenaran harus diterima walaupun pahit.

Antara artis yang terlibat dalam pementasan teater ini ialah Sani Sudin, Dinsman dan Sabri Yunus.

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes