Kebaikan meraikan Maulidur Rasul ini jelas seperti mana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud,
"Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah"
Oleh itu bersama-samalah kita melapangkan masa untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul di tempat yang berhampiran dengan kediaman kita. Jika kita mampu berduyun-duyun menjejakkan kaki ke pelbagai pesta dan sambutan majlis yang lain, apalah susahnya untuk menghadiri majlis yang pasti manfaatnya. Sekurang-kurangnya mungkin kita boleh mengadakan majlis memperingati keputeraan nabi terakhir yang diutuskan Allah Subhana wa Ta’ala ini bersama keluarga di rumah, insyaAllah.