"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Dengan Nama Allah.

Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw,serta keluarganya dan sahabat2nya.

amma ba3d,

Sidang pembaca sekalian, kita semua maaruf, saban tahun, akan adanya satu hari yang dinamakan sebagai hari ibu kerana bagi memperingati jasa seorang insan wanita yang bersusah payah, menganndungkan, membesarkan dan mendidik insan yang bergelar anak. Pada setiap tahun dan negera akan berbeza2 tarikh bagi menyambut hari ibu. Pada tahun ini, bagi negara Malaysia, hari ibu jatuh pada Mei 2011.

Dikesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada permaisuri hati saya iaitu bonda saya Halimah binti Md Daud. Walaupun beliau telah kerahmatullah pada 2 tahun yang lalu. Saya doakan agar bonda sejahtera disana dan ditempatkan bersama para anbiya'. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengandungkan saya, mengasuh, membesar, mendidik, dan yang paling penting, dialah guru pertama di didalam sejarah hidup saya. Kehilangan bonda tercinta amatlah dirasai, kenanganmu tetap bersemati didalam ingatanku. Dan beruntunglah bagi yang masih mempunyai ibu.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu, terutamanya kepada guru dan saudara mara saya dan tidak lupa juga kepada pembaca blog saya. Semoga Allah merahmati kalian.

Peringatan buat saya dan sahabat2 pembaca sekalian, sebenarnya bukan pada hari ibu sahaja kita patut mengucapkan terima kasih dan mendoakan ibu dan juga bapa, sepatutnya tiap2 hari kita perlu berterima kasih dan mendoakan mereka kerana syurga dibawah tapak kaki ketaatan kepada ibu. Wallahu a3lam.

 
Allahummaghfirli zunubi waliwalidayya warhuma kama robbayani soghira.

0 comments:

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes