"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Monday, May 16, 2011

Bagaikan Roda

Kata Orang, hidup kita ibarat Roda..
Ada masanya kita di atas, & ada masanya kita berada di bawah..
orang selalu kata, depa sedih ja..
selalu diuji, sat jadi menda tu.. sat jadi menda nih..
kalo ikut kata saya.. ibarat jatuh ditimpa tangga, tersembam pastu jatuh plak tiang atas dia.. tak cukup ng tuh, mai plak burung berak atas pala.. (seyes kejam, hahahha)
tapi tu hakikat hidup kan.. ada ja yang berlaku.. lepas satu, satu dan satu jadi kat dia..
ada jugak yang macam tu..

ada jugak yang senang, senang dan senang.. masalah apa pun tadak (kot)..
aman bahagia.. segala-gala depa nak.. ALLAH bagi ja..
takyah pening pala.. idup kaya raya..
pandai-pandai belaka.. dahsyat plak tuh..
ini pun ada jugak..

kalau diikutkan, saya rasa kalau saya wat survey la..
pakat-pakat nak hidup kaya raya.. semua ada.. nak makan celik mata macik bibik watkan.
nak keta, mummy kasi.. nak duit, daddy kasi kad kredit..
nak hadiah.. nak party.. nak itu, nak ini..
segalanya macam ibarat petik jari dapat saja..
betoi dak? tipu kalau cakap takmoh kesenangan tu suma..

Firman ALLAH dalam Al Quran Surah Al-AlaQ 6-8 :: maksudnya :
“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya kepada Tuhanmulah kamu kembali.”

bukan bererti senang tu tidak baik semua ya.. jangan bersalah sangka dengan kenyataan saya.. cuma nya,. semakin berat ujian tu yang akan semakin kuatkan hati kita dalam mengingati Yang Maha Esa.. saya berani kerat (kuku) jari kalau kita lagi kuat dan hebat hati mengingati DIA ketika kita senang.. Yakin sangat Most of kita lagi hebat berseronok dari mempergiatkan Sujud Syukur atau bersolat mengucapkan terima kasih atas kurniaan-NYA. malah ada yang lagi kritikal yang mana berseronok pula dengan Nikmat tu dengan hiburan-hiburan bercorak maksiat.

Walaubagaimanapun. mengambil dari tajuk asal cerita saya di atas, "Hidup Ibarat Roda", segalanya akan kembali seperti sediakala di kemudian harinya.. yang berada di atas, akan kembali duduk di bawah, yang dibawah pula di henjak ke atas, menikmati pula nikmat keseronokan yang da diberikan kepada yang di atas tadi. paling tidak pun, klau tidak diberikan apa-apapun kepadanya.. dia dah dapat "nikmat" lagi dasat dari keseronokan dunia, itulah dia seperti kata Nabi Muhammad SAW::

“Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.” (HR Tarmidzi)

“Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah s.w.t. sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadan tidak berdosa.”
(HR Tarmidzi)

begitu hebat kekuatan sabar diatas ujian ni.. dibersihkan diri dan dipertemukan diri kita dalam keadaan tidak berdosa.. ALLAH tu Maha Adil, diambil di sana, dan ditampal pula disini,ni cuma sedikit pengamatan saya tentang yang keseronokan yang disalahgunakan kita tu..

~ Wallah-hu-aklam ~

0 comments:

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes