"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Sunday, January 16, 2011

Aku Cintakan Mereka Berdua

Islam adalah agama yang cukup sempurna dan tersusun. Dari pelbagai aspek yang ditekankan di dalam Islam, semuanya berkisarkan kepada melaksanakan kebaikan dan meninggalkan perkara yang mungkar. Berbakti kepada ibu bapa adalah salah satu perkara daripada juzuk-juzuk yang Islam ajarkan dan arahkan kepada setiap penganutnya dan sekalian manusia untuk dilaksanakan. Menghormati kedua ibu bapa menjadi tangungjawab serta kewajipan yang sangat perlu dilakukan oleh seorang anak sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini.Islam mendidik umatnya agar menghormati atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Firman Allah :
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Surah al-israa’ : 23-24

Segala jasa dan pengorbanan daripada mereka memang tidak terperi banyaknya. Pengorbanan yang mereka laksanakan ini memang jauh dari pemikiran matang kita untuk kita membalas setiap peluh dan keringat yang mereka keluarkan untuk membesarkan kita. Bayangkan bagaimana susahnya ibu kita melahirkan kita. Bayangkan juga bagaimana penatnya ayah kita sanggup membanting tulang semata-mata hanya untuk memberi sesuap nasi kepada kita. Memang tidak dapat kita nilai dan balasnya bukan?.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a katanya: “Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w. : Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda : Sembahyang pada waktunya.Aku bertanya lagi : Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbaktilah kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda : Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku tidak bertanya lagi kepada Rasulullah, semata-mata mahu menemani dan menjaga perasaan Baginda.” (Riwayat Muslim)


Sebenarnya sebagai anak menjadi satu tuntutan untuk kita melaksanakan tuntutan yang Islam tetapkan kepada kedua ibu bapa kita. Tidak kiralah siapapun mereka, apapun perangai mereka, selagi kedua ibu bapa kita tidak mengajak kepada mensyirikkan Allah, menjadi tangungjawab kita untuk menghormati dan melaksanakan tuntutan Islam terhadap mereka. Perintah Allah dan Rasul-NYA untuk mentaati kedua ibu bapa adalah satu yang berbentuk subjektif dan sangat umum.Islam melarang umatnya untuk memusuhi malah menengking ibu bapanya walaupun berlainan agama.Tetapi definasi mentaati perintah ibu bapa dalam konteks anak yang beragama Islam dan ibu bapa yang berlainan agama adalah bersyarat.Syarat yang dimaksudkan seperti yang dinyatakan diawal tadi iaitu sentiasa mentaati ibu bapa selagi mereka tidak mengajak atau menyuruh secara pujukan atau paksaan agar mensyirikkan Allah.

Mengingkari dan mencerca mereka adalah dosa besar selepas syirik.Ini dapat dibuktikan dengan hadis dari Rasulullah s.a.w. :
Baginda pernah menceritakan tentang dosa besar dan bersabda yang bermaksud : “Menyekutukan Allah, menderhakai ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata yang palsu .” (Riwayat Muslim)

Jelas sekali telah dinyatakan oleh baginda Rasul s.a.w tentang dosa besar terhadap mereka yang menderhakai ibu bapa. Didalam Islam, walaupun kita mengungkapkan perkataan ‘aah’ atau ‘uuh’ sekali pun sudah dikira menderhakai ibu bapa.Banyak kisah atau cerita yang dibukukan atau dibawa dari generasi ke generasi berkaitan penderhakaan kepada ibu bapa.Kisah Alqamah boleh diambil pengajaran.Kisah Alqamah memberi banyak pengajaran kepada umat manusia.Tidak kira sama ada kita sebagai anak adalah ulama atau perdana menteri sekali pun tetapi andai kata hati ibu terutamanya dan hati bapa kita terguris disebabkan perbuatan kita yang kurang menyenangkan akan menyebabkan Allah melaknati kita.

Bagi mereka yang sudah kematian ibu bapa.Menghormati dan berbuat baik kepada mereka walaupun mereka sudah meninggal dunia sangat dituntut dan tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia. Tetapi anak-anak dituntut untuk terus mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka di alam barzakh.Selain itu menjadi tangungjawab anak untuk menyelesaikan sebarang hutang yang ditangung oleh mereka semasa hidup.Ingatlah, wang yang kita habiskan untuk membayar hutang mereka tidak akan menyamai usaha mereka membesar dan mendidik kita menjadi insan berguna.

Kesimpulanya, saya ingin mengajak pembaca untuk bermuhasabah diri bagaimana hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita. Adakah kita selama ini tergolong daripada golongan anak derhaka?. Hanya diri kita yang dapat menilai dimana kita ditempatkan. Samada di golongan anak-anak orang yang soleh atau anak yang derhaka.Oleh itu ingin penulis menimbulkan sesuatu persoalan, kepada siapakah seharusnya kita cintai selepas kita mencintai Allah dan Rasul-NYA?. Adakah kepada kekasih kita atau kepada dunia kita. Marilah kita mendoakan kesejahteraan meraka : "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

by

0 comments:

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes