"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Sunday, July 18, 2010

كل نفس ذاءيقة ألموت

ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

قال الله تعالى:
كل نفس ذاءيقة ألموت
"Setiap Yang bernyawa pasti menemui kematian"

Pada jam 07.o0pg 2 julai lalu ku menerima mesej dari Adik ku Firdaus yang mengkhabarkan tentang pemergian bapa saudaraku pklong che soh. pada ketika itu aku sudah berada di pejabat untuk menjalankan tugas harian, Msg nya "Salam... abg cik nak bagi tau ni,org yg kta sayg paklongg ceksoh meninggal di hosiptal muazam awal pagi tadi. alfatihah.

Walaupun aku tidak begitu rapat dengan Paklong tapi di atas pemergiannya amat terasa juga, kerana beliau juga merupakan salah seorang bapa saudara sekandung dengan almarhumah bondaku. Aku hanya mampu berdoa Semoga Roh nya dicucuri rahmatnya,

Al-fatihah Buat :

Che Soh Bin Tijah
Sariah Bin Tijah
Halimah Bin Tijah

moga mereka semua diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama para anbiya' dan para auliya' amin.

اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم وعفعنهم

Monday, July 5, 2010

HUKUM ASAL SUATU PERKAHWINAN



HUKUM ASAL SUATU PERKAHWINAN ADALAH HARUS SAHAJA TETAPI DALAM PADA ITU BERKEMUNGKINAN BOLEH BERUBAH MENJADI WAJIB, SUNAT, HARAM DAN MAKRUH DI MANA SESUAI DENGAN KEADAAN SESEORANG YANG AKAN MENEMPUH PERKAHWINAN.


HURAIANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

1. PERKAHWINAN YANG WAJIB.
ORANG YANG DIWAJIBKAN BERKAHWIN IALAH ORANG YANG SANGGUP UNTUK BERKAHWIN, SEDANG IA KHUATIR TERHADAP DIRINYA AKAN MELAKUKAN PERBUATAN ZINA.

2. PERKAHWINAN YANG SUNAT
ORANG YANG DISUNATKAN BERKAHWIN IALAH ORANG YANG MEMPUNYAI KESANGGUPAN UNTUK BERKAHWIN DAN SANGGUP MEMELIHARA DIRI DARI KEMUNGKINAN MELAKUKAN PERBUATAN YANG TERLARANG.

3. PERKAHWINAN YANG HARAM
ORANG YANG DIHARAMKAN BERKAHWIN IALAH ORANG YANG MEMPUNYAI KESANGGUPAN UNTUK BERKAHWIN TETAPI KALAU IA BERKAHWIN DIDUGA AKAN MENIMBULKAN KEMUDHARATAN TERHADAP PIHAK YANG LAIN SEPERTI ORANG GILA, ORANG YANG SUKA MEMBUNUH ATAU MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT YANG DAPAT MEMBAHAYAKAN PIHAK YANG LAIN DAN SEBAGAINYA.



4. PERKAHWINAN YANG MAKRUH
ORANG YANG MAKRUH HUKUMNYA BERKAHWIN IALAH ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI KESANGGUPAN UNTUK BERKAHWIN (DIBOLEHKAN MELAKUKAN PERKAHWINAN) TETAPI IA DIKHUATIRI TIDAK DAPAT MENCAPAI TUJUAN PERKAHWINAN. OLEH ITU DIANJURKAN SEBALIKNYA IA TIDAK MELAKUKAN PERKAHWINAN.

DEMIKIAN HURAIAN HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN DAN JUGA PENGAJARAN YANG BAIK KEPADA SESIAPA YANG HENDAK BERKAHWIN.

Monday, June 28, 2010

Aku Cemburu Mujahidin Palestin


Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin,
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci,
Kamu terpilih mempertahan masjid suci,
Bau syurga dapat kau rasai,
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup,
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu.
Apakan daya aku hanya mampu berdoa,
Aku hanya mampu menghulurkan derma,
Aku sekadar mampu memboikot.

Jika kamu di ambang syurga,
Doakan kami dapat bersamamu.

Islam akan tetap terpelihara,
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran,
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan,
Baik atau buruk, syurga atau neraka.

Sumber: Harakahdaily.net

Sunday, May 30, 2010

Internet: Antara Tiga Golongan

INTERNET: ANDA GOLONGAN YANG MANA?



Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.

Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :

Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain game, mendengar lagu, berborak kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, ‘merayau-rayau' tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.

Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT.

Bersama-sama kita bermuhasabah. Saya dan anda golongan yang mana? Sekiranya anda golongan yang pertama, anda hebat! Anda beruntung dan berbaloi walaupun dua atau tiga jam menghadap computer.

Sekiranya anda golongan yang kedua, anda golongan yang rugi kerana masa anda dipersia-siakan tanpa sebarang faedah. Anda akan menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa yang kita habiskan.



Atau anda golongan yang ketiga? Awas!!! Dan hentikan tabiat buruk itu. Anda sedar atau tidak anda sebenarnya membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik anda.

Mudarat internet amat besar. Kerana internet boleh menghilangkan maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.



Konklusinya, berhati-hatilah dalam menggunakan kemudahan internet. Manfaatkan kemudahannya untuk menjana amal soleh dan kebaikan di dunia dan akhirat. Jangan kerananya menyebabkan kita menerima penghinaan dan azab yang pedih bila kembali ke kehidupan yang sebenar nanti.

Friday, May 28, 2010

kepentingan Solat



Pengaruh atau kesan positif sembahyang kepada kehidupan umat Islam terlalu besar, terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan, keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Malah ibadah sembahyang berupaya menjadi benteng diri mencegah per-buatan keji dan mungkar. Betapa besar kepentingan dan pengaruh sembahyang kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:

Sembahyang Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).
Sembahyang adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:


Yang bermaksud:
”Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepada Mu nikmat yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu”. (S. Al-Kautsar: 1-2).

Hikmah Sembahyang Dalam Menghapus Dosa.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
”Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim).


Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembah-yang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S. Al-Ankabuut: 45).
Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes