
Masih kedengaran di seluruh negara yang memperkatakan kehebatan Dato’ Dr Haron Din ‘memindahkan’ jin dari sebuah kawasan ke tempat lain menggunakan beberapa buah bas.
Kata Ustaz Haron yang juga pengamal perubatan alternatif Islam, perkara ini sudah lama timbul dan berlaku agak lama, ia berkaitan bantuan dan khidmat beliau kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1980-an.
Pada hari kejadian katanya, berlaku histeria ataupun fenomena rasuk di kalangan pelajar dan pekerja di UKM. Puncanya dikaitkan dengan dua pokok besar yang condong ke bangunan Canselori. Kontraktor tidak berani tebang. tetapi akhirnya beliau mengambil keputusan menebang sendiri dan seterusnya membakar pokok tersebut.
“Makhluk halus yang mendiami...