
Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”
Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah...