"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Tuesday, April 5, 2011

Broga Hill

subahanallah !!!
Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih Selangor Darul sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
Di puncak Broga 400m
   
Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu men jadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.






                                                            
Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari tenggelam dan timbul.

yahoo !!!

I can fly


Monday, April 4, 2011

Pendakian Santai Ke Bukit Kutu

Pada 19/03/2011 al-yaaum Sabtu yang lalu, aku pergi layan mendaki Bukit Kutu terletak di Kampung Pertak dekat-dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor, bersama group opis BPPK JAWI KL. Bukit setinggi 1050 meter masih dikenali sebagai sebuah bukit walaupun ketinggiannya melebihi ketinggian Gunung Angsi boleh dikatakan sebuah bukit yang agak santai namun mempunyai trek-trek yang mencabar seperti jatuhan buluh-buluh dan kawasan kebun yang agak mengelirukan.

kaki bukit  kutu , sebelum pendakian


Trip satu hari boleh dibuat dengan memulakan perjalanan pada jam selewat-lewatnya 10a.m. kerana masa yang perlu diambil untuk mendaki sekitar 4-5 jam untuk sampai ke puncak dan 2-3 jam untuk turun dari puncak.

tapi malangnya pendakian kami gagal kepuncak sebenar,  kerana laluan yang group kami lalui adalah laluan pehutanan membuat bancian pokok yang terdapat di hutan itu ... adooii tersesat jalan !!! tapi apa pun enjoy !!! thanks kepala pendaki > Abang Haroon .


Sebelum memulakan pendakian

indahnya ciptaan Tuhan
laluan titi hayun
mencabar sangat ke?
titi hayun yg uzur


lencun sudah !

meredah sungai




laluan mencabar , jatuhan buluh-buluh
sebelum tarik mengkarung

Cip  > Abg Haroon
paku pakis ...
dah kena tarik mengkarung

laluan bongkah batu besar ...

 sekian ... akan ku daki hinga ke puncak nya Insyallah ...

Tuesday, March 15, 2011

Iklan Jawatan Kosong

spakedah gov my

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman).
Jawatan yang ditawarkan adalah:

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) di www.spakedah.gov.my , anda perlu mendaftar untuk memohon sekiranya anda belum berbuat demikian.

Saturday, March 5, 2011

Berwuduk Hilangkan Marah

Pernahkah anda marah kerana disakiti 
atau berasa hati?Namun, bagi mengawal keadaan anda tidak perlu menonjolkan emosi tersebut. Menegur tidak salah tetapi anda perlu belajar mengawal perasaan marah. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan.Marah memang sifat semula jadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil,disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.Jika kita berhadapan dengan orang sedang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut: 


* Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
* Ketika berhadapan dengan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendahkannya.
* Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya. Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

* Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.(Riwayat Muslim)

* Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk& (Hadis Riwayat Abi Daud).

* Minum air.
* Mendiamkan diri ketika marah. 
* Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
* Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
* Berfikiran positif.
* Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat;
mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
* Bawa bertenang seperti menarik nafas.
* Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan

by : Qausai al-Marbawi

Saturday, February 19, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M





Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 15 Februari 2011M (Selasa) bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bertemakan “1 Malaysia 1 Ummah”.

Sambutan itu disertai lebih  10,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Semua peserta kontinjen terlebih dahulu telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul bermula dari Dataran Putra ke Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Perarakan diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW. 











ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes