Pada 19/03/2011 al-yaaum Sabtu yang lalu, aku pergi layan mendaki Bukit Kutu terletak di Kampung Pertak dekat-dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor, bersama group opis BPPK JAWI KL. Bukit setinggi 1050 meter masih dikenali sebagai sebuah bukit walaupun ketinggiannya melebihi ketinggian Gunung Angsi boleh dikatakan sebuah bukit yang agak santai namun mempunyai trek-trek yang mencabar seperti jatuhan buluh-buluh dan kawasan kebun yang agak mengelirukan.
kaki bukit kutu , sebelum pendakian |
Trip satu hari boleh dibuat dengan memulakan perjalanan pada jam selewat-lewatnya 10a.m. kerana masa yang perlu diambil untuk mendaki sekitar 4-5 jam untuk sampai ke puncak dan 2-3 jam untuk turun dari puncak.
tapi malangnya pendakian kami gagal kepuncak sebenar, kerana laluan yang group kami lalui adalah laluan pehutanan membuat bancian pokok yang terdapat di hutan itu ... adooii tersesat jalan !!! tapi apa pun enjoy !!! thanks kepala pendaki > Abang Haroon .
Sebelum memulakan pendakian |
indahnya ciptaan Tuhan |
laluan titi hayun |
mencabar sangat ke? |
titi hayun yg uzur |
lencun sudah ! |
meredah sungai |
laluan mencabar , jatuhan buluh-buluh |
sebelum tarik mengkarung |
Cip > Abg Haroon |
paku pakis ... |
dah kena tarik mengkarung |
laluan bongkah batu besar ... |
0 comments:
Post a Comment