Belajar memaafkan kesalahan orang lain
Ikhlas memaafkan kesalahan orang lain adalah suatu perbuatan yang tidak mudah, apalagi jika kesalahan yang dibuatnya adalah suatu kesengajaan untuk menyakiti hati kita. Tapi percayalah keikhlasan kita memaafkan orang yang berbuat salah pada kita akan membuat kita lebih tenang dalam menjalani kehidupan ini.
Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali
Anak remaja ini seolah-olah melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin dengan akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan mata yang tajam. Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’..
Bukit Broga
Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu men jadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian..
Pendakian Santai Ke Bukit Kutu
Pada 19/03/2011 al-yaaum Sabtu yang lalu, aku pergi layan mendaki Bukit Kutu terletak di Kampung Pertak dekat-dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor, bersama group opis BPPK JAWI KL. Bukit setinggi 1050 meter masih dikenali sebagai sebuah bukit walaupun ketinggiannya melebihi ketinggian Gunung Angsi boleh dikatakan sebuah bukit yang agak santai namun mempunyai trek-trek yang mencabar seperti jatuhan buluh-buluh dan kawasan kebun yang agak mengelirukan.
Bonda tercinta
Haul Tarikh pemergin Almarhumah Bonda Halimah binti Md Daud,telah genap Dua (2) tahun. Pada tarikh 7/nov/2008 bersamaan 9/Zulkaedah/1429 H. seawal jam 6.07am .Almarhamah Bonda telah mehembuskan nafas terakhir dipangkuan ayahanda pada jam 12.30am waktu madinah / 5.30am waktu malaysia, Jenazah bonda disemadikan di perkuburan al-baqieq' berhampiran masjid Nabawi. Doa' anak-anak Moga roh Bonda ditempatkan bersama para solihin Al-Fatihah buat Bondaku tersayang.
Thursday, June 30, 2011
Kisah Ustaz Haron Din pindahkan jin menggunakan Bas adalah tidak benar
Thursday, June 23, 2011
Memperingati almarhum Ustaz Fadzil Noor
| Harakahdaily |
| Menurutnya, almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi. “Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya serta keluarga yang difitnah dan ditohmah dengan tuduhan yang mengaibkan,” katanya. Berikut tulisan beliau di dalam blog www.harapanmalaysia.com Tanggal tarikh 23hb Jun, pasti saya terkenang pulangnya sahabat saya, almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ke sisi Allah SWT. Almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi. Tatkala saya ditahan di Kamunting selama dua tahun ekoran demonstrasi besar besaran membela nasib rakyat miskin di Baling, almarhum terpaksa memikul tanggungjawab memangku tugas sebagai Presiden. Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya serta keluarga yang difitnah dan ditohmah dengan tuduhan yang mengaibkan. Tujuh hari selepas saya ditahan, tanggal 27hb September 1998, almarhum bersama Azizah dan sahabat seperjuangan yang lain menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat atau lebih dikenali sebagai GERAK. Permuafakatan ini terdiri dari pelbagai parti politik dan gerakan massa demi membawa Perubahan serta menentang kezaliman Umno- Barisan Nasional. Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT moga ruh almarhum dilimpahi kerahmatan dan ditempatkan di sisi mereka yang soleh. Al Fatihah. ANWAR IBRAHIM Datuk Fadzil Mohd Noor meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah almarhum disemadikan di madrasah tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. |
Siapa Bersih ?
BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia.
Formulasi Kenyataan Bersama
Kenyataan Bersama dikeluarkan ekoran ‘Bengkel Reformasi Pilihanraya’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006. Kenyataan Bersama menyatakan objektif-objektif jangka panjang dan tuntutan-tuntutan segera (jangka pendek) sebagai matlamat gabungan ini.
Jawatankuasa Induk BERSIH
Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli dari parti politik dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu: Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI).
Pelancaran BERSIH
BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO, termasuk Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, TereseKok; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud; Pengarah Eksekutif WDC, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng.
Tuesday, May 17, 2011
KENALI TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Lahir tahun 1941,Bohor Mali, Kangar, Perlis
Berkahwin dan memperolehi
5 cahaya mata (2 lelaki & 3 perempuan).
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali
Anak remaja ini seolah-olah melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin dengan akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan mata yang tajam. Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.Hukum karma akhirnya menerkam dan menikam ubun-ubunnya yang hijau di dataran kehidupan yang berupa pentas opera. Bob Lokman terkucil dengan keonaran yang diciptanya sendiri. Dia terhukum kejam dengan dibuang asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal ini mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa kertas maruah yang bernama ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang tidak bersahabat dengan manusia malas. Dia menjadi pemandu bas dengan menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang melemaskan, berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan, dan menjadi kuli kasar di gedung studio.Bob Lokman akhirnya terselit di tengah-tengah fenomena rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yang akhirnya di tengah keriuhan anak seniman, dia terus membina nama di persada seni tanah air. Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan namanya. Dia tersadung dengan kesakitan. Keperitan dan kejerihan hidup bertindan-tindih menerpa, meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami. Ujian demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang, dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan, Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. Selanjutnya dapatkan Buku dipasaran ~


12:28 AM
Qusai Al-Marbawi

