"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Tuesday, May 17, 2011

KENALI TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Tempat Lahir:
Lahir tahun 1941,Bohor Mali, Kangar, Perlis

Status:
Berkahwin dan memperolehi
5 cahaya mata (2 lelaki & 3 perempuan).

Adik Beradik:
Mempunyai 10 orang adik-beradik. Saudara lelaki beliau yang juga tokoh agama tekenal ialah Ustaz Ishak bin Din(Abang) dan Ustaz Abu Hassan bin Din(Adik).

Pendidikan:
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)

Kerjaya:
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik:Publish Post
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS

Pengasas:
Darussyifa'(rawatan cara islam)

Sumber: Darussyifa’

Tokoh yang aku kagumi dari dulu sampai sekarang, setiap kali kuliah atau ceramah beliau mengunakan dalil2 dari Al-Quran dan Hadis. Setiap bulan malam jummat beliau akan memberi kuliah tasawuf islam di Masjid Negeri Shah Alam, 

Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali

Anak remaja ini seolah-olah melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin dengan akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan mata yang tajam. Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.
Hukum karma akhirnya menerkam dan menikam ubun-ubunnya yang hijau di dataran kehidupan yang berupa pentas opera. Bob Lokman terkucil dengan keonaran yang diciptanya sendiri. Dia terhukum kejam dengan dibuang asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal ini mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa kertas maruah yang bernama ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang tidak bersahabat dengan manusia malas. Dia menjadi pemandu bas dengan menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang melemaskan, berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan, dan menjadi kuli kasar di gedung studio.
Bob Lokman akhirnya terselit di tengah-tengah fenomena rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yang akhirnya di tengah keriuhan anak seniman, dia terus membina nama di persada seni tanah air. Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan namanya. Dia tersadung dengan kesakitan. Keperitan dan kejerihan hidup bertindan-tindih menerpa, meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami. Ujian demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.
Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang, dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan, Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. Selanjutnya dapatkan Buku dipasaran ~

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK

ASSALAMUALAKUM WBT..

Esok 16 Mei adalah tarikh bagi mengingati penat lelah semua guru yang mendidik anak didik mereka..ana ingin ucapkan juga Terima Kasih cikgu kepada semua yang pernah mendidik diri ini hingga menjadi seperti sekarang Alhamdulillah..dedikasi terima kasih ini buat:

Guru Quran , Pak long Syukor
Guru-Guru Di SKLM
Ustaz-Ustaz / Guru-Guru Di MTI Derang
Ustaz-Ustaz / Ustazah / Guru-Guru Di MID Memali
Maulana-Maulana / Ustaz-Ustaz / Qari Shab Jamia' ashrafiah Lahore
Ustaz-Ustaz / Ustazah-Ustazah Di MNH Kg Tembak
Guru-Guru / Ustaz & Ustazah Di SMTM Alor Star
Guru-Guru / Pensyarah Di PLT Kini Kolej Trolak
Semua Tok-tok guru yg pernah ana menadah kitab
Semua Guru-Guru pendidik

Jasa Kalian amat bermakna bagiku..TERIMA KASIH CIKGU!!!

KEM BINA INSAN ( semasa cuti sekolah )

Hubungi segera 019-5909733

Bagaikan Roda

Kata Orang, hidup kita ibarat Roda..
Ada masanya kita di atas, & ada masanya kita berada di bawah..
orang selalu kata, depa sedih ja..
selalu diuji, sat jadi menda tu.. sat jadi menda nih..
kalo ikut kata saya.. ibarat jatuh ditimpa tangga, tersembam pastu jatuh plak tiang atas dia.. tak cukup ng tuh, mai plak burung berak atas pala.. (seyes kejam, hahahha)
tapi tu hakikat hidup kan.. ada ja yang berlaku.. lepas satu, satu dan satu jadi kat dia..
ada jugak yang macam tu..

ada jugak yang senang, senang dan senang.. masalah apa pun tadak (kot)..
aman bahagia.. segala-gala depa nak.. ALLAH bagi ja..
takyah pening pala.. idup kaya raya..
pandai-pandai belaka.. dahsyat plak tuh..
ini pun ada jugak..

kalau diikutkan, saya rasa kalau saya wat survey la..
pakat-pakat nak hidup kaya raya.. semua ada.. nak makan celik mata macik bibik watkan.
nak keta, mummy kasi.. nak duit, daddy kasi kad kredit..
nak hadiah.. nak party.. nak itu, nak ini..
segalanya macam ibarat petik jari dapat saja..
betoi dak? tipu kalau cakap takmoh kesenangan tu suma..

Firman ALLAH dalam Al Quran Surah Al-AlaQ 6-8 :: maksudnya :
“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya kepada Tuhanmulah kamu kembali.”

bukan bererti senang tu tidak baik semua ya.. jangan bersalah sangka dengan kenyataan saya.. cuma nya,. semakin berat ujian tu yang akan semakin kuatkan hati kita dalam mengingati Yang Maha Esa.. saya berani kerat (kuku) jari kalau kita lagi kuat dan hebat hati mengingati DIA ketika kita senang.. Yakin sangat Most of kita lagi hebat berseronok dari mempergiatkan Sujud Syukur atau bersolat mengucapkan terima kasih atas kurniaan-NYA. malah ada yang lagi kritikal yang mana berseronok pula dengan Nikmat tu dengan hiburan-hiburan bercorak maksiat.

Walaubagaimanapun. mengambil dari tajuk asal cerita saya di atas, "Hidup Ibarat Roda", segalanya akan kembali seperti sediakala di kemudian harinya.. yang berada di atas, akan kembali duduk di bawah, yang dibawah pula di henjak ke atas, menikmati pula nikmat keseronokan yang da diberikan kepada yang di atas tadi. paling tidak pun, klau tidak diberikan apa-apapun kepadanya.. dia dah dapat "nikmat" lagi dasat dari keseronokan dunia, itulah dia seperti kata Nabi Muhammad SAW::

“Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.” (HR Tarmidzi)

“Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah s.w.t. sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadan tidak berdosa.”
(HR Tarmidzi)

begitu hebat kekuatan sabar diatas ujian ni.. dibersihkan diri dan dipertemukan diri kita dalam keadaan tidak berdosa.. ALLAH tu Maha Adil, diambil di sana, dan ditampal pula disini,ni cuma sedikit pengamatan saya tentang yang keseronokan yang disalahgunakan kita tu..

~ Wallah-hu-aklam ~

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes