"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Sunday, May 30, 2010

Internet: Antara Tiga Golongan

INTERNET: ANDA GOLONGAN YANG MANA?



Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.

Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :

Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain game, mendengar lagu, berborak kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, ‘merayau-rayau' tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.

Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT.

Bersama-sama kita bermuhasabah. Saya dan anda golongan yang mana? Sekiranya anda golongan yang pertama, anda hebat! Anda beruntung dan berbaloi walaupun dua atau tiga jam menghadap computer.

Sekiranya anda golongan yang kedua, anda golongan yang rugi kerana masa anda dipersia-siakan tanpa sebarang faedah. Anda akan menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa yang kita habiskan.



Atau anda golongan yang ketiga? Awas!!! Dan hentikan tabiat buruk itu. Anda sedar atau tidak anda sebenarnya membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik anda.

Mudarat internet amat besar. Kerana internet boleh menghilangkan maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.



Konklusinya, berhati-hatilah dalam menggunakan kemudahan internet. Manfaatkan kemudahannya untuk menjana amal soleh dan kebaikan di dunia dan akhirat. Jangan kerananya menyebabkan kita menerima penghinaan dan azab yang pedih bila kembali ke kehidupan yang sebenar nanti.

Friday, May 28, 2010

kepentingan Solat



Pengaruh atau kesan positif sembahyang kepada kehidupan umat Islam terlalu besar, terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan, keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Malah ibadah sembahyang berupaya menjadi benteng diri mencegah per-buatan keji dan mungkar. Betapa besar kepentingan dan pengaruh sembahyang kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:

Sembahyang Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).
Sembahyang adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:


Yang bermaksud:
”Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepada Mu nikmat yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu”. (S. Al-Kautsar: 1-2).

Hikmah Sembahyang Dalam Menghapus Dosa.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
”Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim).


Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembah-yang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S. Al-Ankabuut: 45).
Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.

Saturday, April 10, 2010

Tuan Guru Haji Salleh Musa, pengasas pondok Madrasah Ar-Rahmaniah Sik Kedah



Tuan Guru Haji Salleh Musa, seorang tokoh pendakwah dan tokoh agama yang sangat disegani di Negeri Kedah. Beliau yang telah banyak menyumbang jasa dalam sektor pengajian agama di negeri Kedah merupakan anak jati Sik, Kedah. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sik yang mana merupakan sekolah yang sama dengan tokoh penulisan tempatan, Dato’ Shahnon Ahmad.

Pemilik dan pengasas kepada sebuah pondok agama terkemuka di Sik Kedah iaitu Madrasah Ar-Rahmaniah atau juga dikenali sebagai Pondok Tok Guru Haji Salleh, Sik pernah mengikuti sesi pengajian agama di Pondok Tuan Hussein, Pulau Pinang selama sebulan sebelum Malaysia (ketika dulu Tanah Melayu) ditakluk di bawah jajahan Jepun. Semasa tempoh penjajahan, Tuan Guru Haji Salleh tidak mengikuti mana-mana pengajian selama hampir 3 tahun 8 bulan. Setelah tamat penjajahan Jepun ke atas Malaysia, Tuan Guru terus menyambung pengajian dalam bidang pendidikan agama di Gajah Mati, Pendang.


Bapa beliau yang pada ketika itu merasakan sudah tiba masanya untuk Tuan Guru melanjutkan pengajian ke Mekkah memberi dorongan dan rangsangan untuk beliau melanjutkan pengajian ke Negara Timur Tengah itu. Berkat doa dari bapa beliau, Tuan Guru Haji Salleh telah menyambung pengajiannya ke Mekkah ketika beliau berusia lingkungan 25 tahun. Perjalanan ke Mekkah pada ketika itu yang menggunakan kapal laut telah memakan masa selama 16 hari untuk tiba di sana. Beliau mengabdikan diri menuntut ilmu di bumi bertuah Mekkah selama 15 tahun. Beliau telah mengikuti kuliahnya yang pertama di Makkah iaitu di Madrasah Darul Ulum Ad-Diniah selama 6 tahun sehingga beliau mendapat sijil yang tertinggi dari Madrasah tersebut.

Setelah tamat pengajian di Madrasah Darul Ulum Ad-Diniah, beliau seterusnya mendalami ilmu agama dari tokoh pengajian Arab yang terkemuka di Masjidil Haram seperti Al-Alim Alamah Sheikh Muhammad Yassin Al-Fadani. Pelbagai pengalaman yang telah beliau tempuhi sepanjang berada di Mekkah antaranya terpaksa bersusah payah dan bertungkus lumus untuk mempelajari Bahasa Arab yang menjadi pertuturan harian beliau ketika di sana.



Banyak halangan juga telah beliau tempuhi semasa membuka Madrasah Ar-Rahmaniah antaranya tohmahan dari orang kampung berhubung hasrat beliau untuk mengembangkan pengajian Islam menerusi kuliah yang beliau sampaikan di madrasah tersebut. Berkat kesabaran dan keikhlasan beliau untuk menyampaikan ajaran agama kepada seluruh masyarakat Kedah, akhirnya Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik ini berjaya ditubuhkan dan kini telah menerima kemasukan pelajar dari seluruh Malaysia antaranya dari Kelantan, Pahang dan Perak.

Bapa kepada 11 orang anak ini telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk menerima Anugerah Tokoh Pendakwah bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1430H/2009M di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini. Selain itu, beliau juga pernah menerima darjah kebesaran daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah antaranya Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) dan pingat Setia Diraja Kedah (S.D.K).



Beliau yang sangat mengagumi pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang baru di bawah naungan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak pentadbiran kerana berjaya memacu negeri Kedah ke arah kehidupan yang lebih sejahtera disamping menyeimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat.

Akhir sekali, beliau mengucapkan selamat menyambut Awal Muharam kepada seluruh pembaca dan semoga tahun baru ini, kita penuhi dengan amalan-amalan kebaikan yang bakal membawa kita ke jalan kebenaran.

Wednesday, April 7, 2010

Lata Bayu, Baling .

Balik Kampung baru ni sempat gak bawa zaujah pergi berkelah ,
Lokasinya Lata Bayu, Baling. emm x jauh dari rumah mertua,
Tempatnya nyaman & segar sekali. Bebanan tugasan harian di opis hilang sejenak dari ingatan, Alangkah indahnya ciptaan tuhan. Maha suci mu ya Allah pencipta alam...











Thursday, April 1, 2010

Al-fatihah Buat Mak Teh


Gambar terakhir bersama mak teh,semasa raya korbah 2008

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi penyayang..

Baru saja tadi daku mendapat pangilan daripada ayahanda di Kampung mengkhabarkan tentang ibu saudaraku yang baru saja di jemput penciptanya.Ibu saudar yang paling kami rapat, Perasaan hiba menyelubungiku,waktu ketika itu aku tengah menjalankan tugas harianku di pejabat,Tanpa melengahkan masa aku terus menalifon Mohd Firdaus ( adikku ) untuk menceritakan berita menyedihkan itu, kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. jam 2 kami baru keluar dari K.Lumpur , Dan kami sampai di kampung Tiak,Baling Kedah sekitar jam 7 ptg,
setibanya kami di kampung terus kami ke tanah perkuburan Kg Carok Kangar. Majlis pengkebumian telah selesai. Hanya Doa' Dari kami untuk makteh, moga ditempatkan bersama para solihin... Insyallah.

al-fatihah buat ibusaudaraku...

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes