"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Wednesday, August 3, 2011

Al-Quran bukan sekadar bahan bacaan


Membaca al-Quran dengan tartil, memelihara hukum-hukum tajwid dan berlagu adalah sangat dianjurkan oleh Islam. Ini kerana bacaan yang sedemikian akan membantu menimbulkan kesedaran di dalam hati, menimbulkan kekhusyukan dan kehibaan serta boleh menarik minat orang ramai untuk mendengar dan menghayati ajaran yang terkandung di dalam al-Quran. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hiasilah bacaan al-Quran dengan suara-suara kamu”.

Kemerduan suara membaca al-Quran hendaklah bersesuaian dengan kebesaran dan kemuliaan al-Quran itu sendiri, bersesuaian dengan kandungan ayat yang dibaca dan rentak bahasa yang digunakan oleh al-Quran. Contohnya, kalimat yang digunakan untuk menyoal, takkan pula disamakan alunan suaranya dengan bahasa yang digunakan untuk menerangkan suatu peristiwa?.
Allah mengurniakan kitab al-Quran kepada umat Islam, tanpa mengira bangsa dan budaya. Al-Quran hendaklah dibaca dengan erti kata yang sebenar-benarnya. Maksud membaca al-Quran dengan sebenar-benarnya di sini ialah:

Memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.
Membaca al-Quran bererti mengucapkan ayat-ayat al-Quran dengan kuat berlagu yakni mengaji al-Quran.
Membaca al-Quran dengan betul tajwidnya.
Membaca al-Quran serta beramal dengan ajarannya
Membaca al-Quran serta mengajarkannya kepada orang lain.
Membaca al-Quran serta berusaha menghafaznya.
Membaca al-Quran serta berusaha memasyarakatkan dan mendaulatkan al-Quran dalam sistem hidup sebuah negara.

Kesimpulannya, membaca adalah suatu proses mengenal, mengecam, mengucap perkataan yang tertulis atau yang tercetak, memahami apa yang dibaca, beramal dengan ajarannya, berusaha menghafaznya dan mengajarkannya kepada orang lain. Ianya juga memerlukan pemikiran yang aktif di kalangan pembaca.

Makna al-Quran

Terdapat berbagai pandangan ulama mengenai pengertian al-Quran menurut istilah. Pendapat yang disepakati ialah al-Quran merupakan kalam Allah yang bernilai mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan perantaraan malaikat Jibril a.s. yang termaktub di dalam mushaf, dipindahkan secara mutawatir, membacanya dianggap ibadah, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas.

Al-Quran yang ada pada kita sekarang menepati pengertian di atas tetapi tidak pada zaman Rasulullah s.a.w. kerana al-Quran pada zaman baginda tidak tertulis dalam mushaf dan tidak dipindahkan secara mutawatir.

Tujuan utama al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca. Ini dikuatkan lagi dengan penurunan ayat pertama dari surah al-‘Alaq ayat 1–5 yang menekankan persoalan membaca. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ilmu dapat diperolehi melalui pembacaan dan kemahiran membaca itu hanyalah boleh diperolehi dengan mempelajari kaedah-kaedahnya.

Baca di sini mempunyai pengertian yang luas. Ia tidak hanya membaca perkataan demi perkataan bahkan ia meliputi memahami dan mengambil pengajaran daripada makna-maknanya secara keseluruhan.

Kesimpulannya, al-Quran merupakan kalam Allah sama ada dari sudut lafaz ataupun maknanya yang termaktub dalam mushaf, diturunkan di dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad s.a.w., dipindahkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

Kelebihan Membaca al-Quran

Kitab suci al-Quran mempunyai kelebihan dalam mempelajari dan membacanya. Allah SWT memberi ganjaran pahala berlipat ganda daripada setiap huruf yang dibaca sekalipun tidak memahami maknanya, sedangkan kitab suci lain tidak demikian.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya berkaitan dengan kelebihan orang yang belajar dan mengajar al-Quran. Hadis ini diriwayatkan daripada Uthman bin ‘Affan, katanya Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan engajarkannya” (al-Bukhari)

Oleh itu amatlah rugi orang yang tidak mahu belajar atau tidak tahu membaca ataupun boleh membaca tetapi enggan membacanya. Di samping itu orang yang banyak menyebut ayat-ayat Allah akan menjadikan hati dan lidahnya bertambah lembut untuk menyebut kalimah-kalimah Allah. Keimanan mereka juga akan bertambah dan akan sentiasa berserah diri kepada Allah SWT.

Walaupun begitu, ada yang membaca al-Quran tetapi tidak berusaha untuk memahami dan mengetahui isinya, tidak mengambil pelajaran yang sangat berguna yang tersimpan di dalam al-Quran. Itulah sebabnya didapati ramai orang Islam yang tidak berubah budi pekertinya, tidak takut berbuat dosa, hilang rasa malu dan segan serta lenyap kemuliaan akhlaknya. Mereka menggunakan al-Quran itu hanya sekadar untuk mengambil berkat dan sebagai upacara, sedangkan isinya dikesampingkan. Hal ini sangat dikesalkan.

Perintah supaya membaca, menghafaz dan beramal dengan al-Quran merupakan satu usaha Islam untuk mengikat manusia kepada Allah, baik melalui bacaan dalam sembahyang atau di luar sembahyang. Kita mesti membaca, mengkaji dan menghayati al-Quran, sehingga ia menjadi seperti makan minum dan kain pakai kita. Firman Allah SWT maksudnya: “Orang-orang yang Kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepada al-Quran. Dan sesiapa yang mengingkarinya itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Baqarah : 121)

almuslimah

Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadhan



Friday, July 22, 2011

Kelebihan Ramadan & Puasa

Nabi s.a.w bersabda: telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan didalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

“Solat yang lima, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa-dosa besar.” – HR Muslim

Sabda Nabi, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." - HR al-Bukhari

Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir. (HR Bukhari)

"Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Sabda Baginda SAW: Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.- Hadis riwayat al-Tirmizi

"Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.”
(al-Bukhari)

Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah dibandingkan wangian kasturi. (HR Bukhari & Muslim).

Dari Sahl bin Sa'ad RA daripada Nabi SAW sabdanya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
sumber asal

Thursday, July 21, 2011

HIMPUNAN UMMAH BERSELAWAT

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes