"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Monday, December 20, 2010

Bahaya Mulut Celupar



Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”

Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja.

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” [1]

Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” [2] Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.

Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya.
Wallahu’alam

[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4646
[2] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : 9298

Wednesday, November 10, 2010

Hari Raya Aidiladha





Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Sumber : Lebai Wikipedia

Sunday, November 7, 2010

Dua tahun sudah berlalu ( Al-Fatihah)


Abah & Mak sebelum ke Tanah Suci

Alhamdulillah segala puji hanya bagi tuhan sekelian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Sayyidina Muhammad saw. dan ahli keluarnya serta sahabatnya dan pengikutnya sehingga qiamat.


kenangan bersama bonda

Haul Tarikh pemergin Almarhumah Bonda Halimah binti Md Daud,telah genap Dua (2) tahun.
Pada tarikh 7/nov/2008 bersamaan 9/Zulkaedah/1429 H. seawal jam 6.07am .Almarhamah Bonda telah mehembuskan nafas terakhir dipangkuan ayahanda pada jam 12.30am waktu madinah / 5.30am waktu malaysia, Jenazah bonda disemadikan di perkuburan al-baqieq' berhampiran masjid Nabawi. Doa' anak-anak Moga roh Bonda ditempatkan bersama para solihin Al-Fatihah buat Bondaku tersayang.

Sunday, October 31, 2010

Semoga Mendapat Haji Mabrur



Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya layak buat sang pencipta. Syukur yang tidak terhingga kerana pada hari yang penuh keberkahan ini juga kita diberikan nikmat yang paling bernilai di langit dan di bumi iaitu nikmat iman dan islam yang mana diberikan daripada nenek moyang kita sehingga kepada kita pada hari ini, bersyukur juga diatas kurniaan kesihatan dan kebahagiaan yang tidak terkira banyaknya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Sayyidina Muhammad SAW serta ahli keluarganya, dan para sahabatnya yang beliau sayangi dan para pendakwah dan pengikut agama Allah yang tidak putus2 berjuang sehingga hari qiamat.

marilah kita sama-sama mendoakan semoga semua tetamu Allah yang menunaikan haji tahun ini, dipermudahkan segala urusan ibadah di Tanah Suci Mekah dan insyaAllah mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair seperti anak kecil yang baru dilahirkan. Semoga Allah menganugerahkan kesabaran dan ketaqwaan semasa menghadapi segala kesukaran dan mehnah di Tanah Suci. Doakan kami yang tinggal di belakang ini akan sampai pula giliran kami menyahut panggilan Baitullah di tahun-tahun hadapan. Amin ya ra'ab.

Monday, October 25, 2010

Anak Ku ...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم




ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم بعد,

Bersyukur kehadrat ilahi , Pada tanggal 13.10.2010 jam 8.40pm maka lahirlah zuriat pertama ku , Nur Amrina Rasyada Binti Mohd Fakhrorozi .

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes