Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya layak buat sang pencipta. Syukur yang tidak terhingga kerana pada hari yang penuh keberkahan ini juga kita diberikan nikmat yang paling bernilai di langit dan di bumi iaitu nikmat iman dan islam yang mana diberikan daripada nenek moyang kita sehingga kepada kita pada hari ini, bersyukur juga diatas kurniaan kesihatan dan kebahagiaan yang tidak terkira banyaknya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Sayyidina Muhammad SAW serta ahli keluarganya, dan para sahabatnya yang beliau sayangi dan para pendakwah dan pengikut agama Allah yang tidak putus2 berjuang sehingga hari qiamat.
marilah kita sama-sama mendoakan semoga semua tetamu Allah yang menunaikan haji tahun ini, dipermudahkan segala urusan ibadah di Tanah Suci Mekah dan insyaAllah mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair seperti anak kecil yang baru dilahirkan. Semoga Allah menganugerahkan kesabaran dan ketaqwaan semasa menghadapi segala kesukaran dan mehnah di Tanah Suci. Doakan kami yang tinggal di belakang ini akan sampai pula giliran kami menyahut panggilan Baitullah di tahun-tahun hadapan. Amin ya ra'ab.