"Islam is a way of life"
"~ Selamat Datang !!! ~"

Wednesday, April 27, 2011

Biodata Ringkas Ustaz Fahmi Zamzam :

Tg Ustaz Fahmi Zamzam
 Di sini diturunkan sebuah biodata ringkas Ustaz Fahmi untuk sesiapa yang kurang mengenali beliau atau masih tercari-cari siapakah gerangan Ustaz Fahmi yang hasil tulisannya banyak didapati di toko-toko buku agama di seluruh negara.

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjar Masin, Kalimantan Selatan. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan selatan sehingga Tingkatan ‘Aliyah. Beliau seterusnya melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.


Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India, bersama dengan ulama’ terkenal Samahah As-Sheikh Abul Hassan Al-Hasani An-Nadwi r.h. di Nadwatul Ulama’, Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan datang ke Malaysia, seterusnya berkhidmat di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah sehinggalah ke hari ini.

Beliau juga merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Warateweh, Kalimantan, Indonesia yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Disamping itu, beliau adalah Ketua Umum Majelis Ulama’ Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah untuk sessi 2004 – 2009.

Melalui penerbitan Khazanah Banjariah, Al-Fadhil telah bergiat aktif dalam usaha pengeluaran kitab-kitab berbahasa Melayu. Antara lain, Al-Fadhil telah banyak menyusun kitab-kitab kumpulan hadits-hadits seperti ‘40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman’, ’40 Hadis Penawar Hati’ dan ‘40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama’. Al-Fadhil juga telah mentahkik dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama’ silam Nusantara As-Sheikh Abdul Samad Al-Falimbani seperti ‘Sairus Salikin’ (4 jilid) dan ‘Hidayatus Salikin’.

Disamping itu, Al-Fadhil juga aktif menterjemahkan kitab-kitab tasawuf yang ulung seperti ‘Bidayatul Hidayah’ dan ‘Ayyuhal Walad’ karangan Imam Al-Ghazali serta ‘Bustanul Arifin’ karangan Imam An-Nawawi.

Tuesday, April 26, 2011

Bakurah al-Amani

Judul: Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني)

Kategori: Tauhid/Aqidah

Pengarang: al-‘Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani (lahir pada 1300H/1882M di Bendang Daya, Fathani dan wafat di Mekah pada 3 November 1965M ketika berusia 83 tahun)

Tarikh selesai dikarang: 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M

Kitab Bakurah al-Amani atau nama lengkapnya Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني), merupakan antara kitab tauhid yang terkenal di Tanah Melayu sehingga kini. Ianya ditulis oleh al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir bin Wan Musthafa, atau dikenali juga dengan nama Pak Da ‘El al-Fathani. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas, hanya kurang lebih 10 halaman namun isinya padat. Kitab ini ditulis oleh Pak Da ‘El sewaktu beliau berziarah ke negeri Kedah atas permintaan murid-muridnya. Ianya ditulis secara spontan, berdasarkan ingatan beliau sahaja. Tarikh kitab ini selesai di tulis adalah pada tahun 1335H/1916M atau tepatnya pada hari Sabtu 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M. Kitab ini pernah di cetak oleh Matba’ah al-Ikhwan, Singapura pada tahun 1918M.

Menurut ceritanya, sejarah penulisan kitab ini adalah dari permintaan muridnya yang bernama Haji Ahmad supaya Pak Da ‘El karangkan secara ringkas matan ilmu tauhid bagi memudahkan anaknya Mat Hasan yang masih memondok agar membantunya dalam memahami ilmu tauhid. Maka permintaan itu diperkenankan oleh Pak Da ‘El, dan terhasillah kitab yang terkenal ini.

Oleh kerana kitab ini ringkas dan padat isinya sehingga sesetengah orang kerana gagal dalam memahami ‘ibaratnya, bahkan dibangkang oleh sesetengah orang, maka Pak Da ‘El telah diminta pula supaya menulis syarah bagi kitab ini. Beliau kemudian menulisnya dan diberi judul Tabshirah al-Adani bi Alhan Bakurah al-Amani (تبصرة الأداني باءلحان باكورة الأماني), selesai ditulis pada 25 Muharram 1358H / 16 Mac 1936.

Kitab Bakurah al-Amani, sehingga kini diajarkan dipondok-pondok. Bahkan merupakan sebuah teks utama di dalam ilmu tauhid. Antara tuan guru yang mengajar kitab Bakurah: Tuan Guru Haji Ismail Spanjang, Tuan Guru Haji Salleh Sik, Tuan Guru Haji Zakaria dan ramai lagi

MyMaktabaty

jozan

Monday, April 25, 2011

Rahmat ALLAH

Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka. ” (Riwayat Muslim)

"..bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat". (Al-Hujuraat: 10)

“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang muhsinin (orang yang memperbaiki amalannya).” (Surah al-A’raf: 5)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (A-li 'Imraan: 8)

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (Al-Mu'minun: 118)

Sunday, April 24, 2011

PANDANGAN ISLAM TERHADAP MUZIK

Gambar Hiasan
Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut; Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya.Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam?!
Daripada beberapa dalil Qur’an,setiap benda yang baik lazimnya halal; Oleh itu setiap yang baik dipandang oleh jiwa dengan baik; akal manusia yang sejahtera adalah halal sebagai kerahmatan kepada umat Islam ini dan juga kerana kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah Islam.
Firman Allah (maksud):
“Mereka bertanya kepadamu:Apakah yang dihalalkan bagi mereka?Bagi menjawabnya katakanlah:Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik. “(Maaidah: 4)
Hak mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik Allah saja: (maksud):
“Katakanlah:’ Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa’at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanyaharam dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara dusta terhadap Allah?” (Yunus:59)
Firman Allah (maksud):
“Sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang Allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah (mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.” (al An’am: 140)
Firman Allah (maksud):
“Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka..” (Ankabut: 64)
RasuluLlah saw pernah menasihati Handzalah, Wahai Handzalah, bergurau ada masanya dan serius ada masanya. Saidina Ali ada menasihatkan:Rehatkan hatimu dr masa ke semasa kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta. Juga dari Ali KW:Hati juga merasa jemu sepertimana juga badan merasa jemu; maka carilah perkara-perkara yang menarik untuk menghiburkannya. Telah berkata Abu Darda’:Aku menghiburkan diriku dengan sedikit al Lahwu untuk menguatkan diriku dalam melakukan perkara-perkara kebaikan.

Read More

Monday, April 18, 2011

JEMPUTAN KE MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


Sukacita dimaklumkan Sahibul Fadulah Syeikh Abdul Rahman ibnu Abdul Aziz as- Sudais akan hadir ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada maklumat seperti berikut :

Tarikh : 22 hb April 2011 ( Jumaat )
Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan K.L


ATURCARA PROGRAM
SEMPENA KUNJUNGAN
SAHIBUL FADILAH AL- SYEIKH ABDUL RAHMAN IBNU ABDUL AZIZ AS-SUDAIS
IMAM MASJIDIL HARAM, MEKAH


MASA
PROGRAM

11.00 PAGI

KETIBAAN SAHIBUL FADILAH AL-SYEIKH ABDUL RAHMAN IBNU ABDUL AZIZ AS-SUDAIS


12.15 TGH

MAJLIS TAZKIRAH


1.15 PTG
SOLAT JUMAAT


2.00 PTG
MAJLIS JAMUAN
 MAKAN TENGAHARI


Tuesday, April 5, 2011

Broga Hill

subahanallah !!!
Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih Selangor Darul sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
Di puncak Broga 400m
   
Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu men jadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.






                                                            
Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari tenggelam dan timbul.

yahoo !!!

I can fly


Monday, April 4, 2011

Pendakian Santai Ke Bukit Kutu

Pada 19/03/2011 al-yaaum Sabtu yang lalu, aku pergi layan mendaki Bukit Kutu terletak di Kampung Pertak dekat-dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor, bersama group opis BPPK JAWI KL. Bukit setinggi 1050 meter masih dikenali sebagai sebuah bukit walaupun ketinggiannya melebihi ketinggian Gunung Angsi boleh dikatakan sebuah bukit yang agak santai namun mempunyai trek-trek yang mencabar seperti jatuhan buluh-buluh dan kawasan kebun yang agak mengelirukan.

kaki bukit  kutu , sebelum pendakian


Trip satu hari boleh dibuat dengan memulakan perjalanan pada jam selewat-lewatnya 10a.m. kerana masa yang perlu diambil untuk mendaki sekitar 4-5 jam untuk sampai ke puncak dan 2-3 jam untuk turun dari puncak.

tapi malangnya pendakian kami gagal kepuncak sebenar,  kerana laluan yang group kami lalui adalah laluan pehutanan membuat bancian pokok yang terdapat di hutan itu ... adooii tersesat jalan !!! tapi apa pun enjoy !!! thanks kepala pendaki > Abang Haroon .


Sebelum memulakan pendakian

indahnya ciptaan Tuhan
laluan titi hayun
mencabar sangat ke?
titi hayun yg uzur


lencun sudah !

meredah sungai




laluan mencabar , jatuhan buluh-buluh
sebelum tarik mengkarung

Cip  > Abg Haroon
paku pakis ...
dah kena tarik mengkarung

laluan bongkah batu besar ...

 sekian ... akan ku daki hinga ke puncak nya Insyallah ...

ManggaOnline

Related Posts with Thumbnails

Jom Followers

Majlis Agama Islam Negeri

MAIWP (Wilayah Persekutuan) MAIS (Selangor) MAINS (Negeri Sembilan) MAIPP (Pulau Pinang) MAIK (Kedah) MAIDAM (Terengganu) MAIJ (Johor) MAIM (Melaka) MAIK (Kelantan) MUIP (Pahang) MAIAMP (Perak) Baitulmal Perlis Baitulmal Sabah Baitulmal Sarawak
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes